Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Permohonan Pelajar Matrikulasi Ke Program Ijazah Pertama Di Universiti Kyoto, Jepun 2021/2020

Oleh Cikgu Shaari • October 2, 2020 • 2 min baca

Permohonan Pelajar Matrikulasi Ke Program Ijazah Pertama Di Universiti Kyoto, Jepun 2021/2020
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Banyak kelebihan Matrikulasi yang ramai tak tahu. Kini pelajar Matrikulasi layak memohon untuk kemasukan ke ijazah pertama di universiti Kyoto, Jepun. Tak perlu mahir bahasa Jepun pun untuk mohon, syaratnya sangat mudah!

Sesi permohonan akan dibuka seawal November 2020. Pelajar matrikulasi yang sudah mempunyai keputusan PSPM 1 boleh memohon apabila permohonan dibuka nanti.

Berikut adalah maklumat lanjut program yang ditawarkan.

KENALI KYOTO UNIVERSITI

  • 33rd QS world university rankings 2020
  • 2nd Japan Universiti rankings 2020

PENGENALAN PROGRAM

  • Program Ijazah dasar selama 4 – 5 tahun: 6 bulan program persediaan & 4 tahun pengajian ijazah dasar
  • Bahasa Jepun tidak diperlukan sebagai syarat kemasukan
  • 7 Fakulti dan program ditawarkan: Integrated Human Studies, Education, Law, Economics, Science, Engineering & Angriculture
  • Pelajar yang layak akan mendapat kemudahan penginapan dalam kampus
  • Permohonan akan dibuka pada awal November 2020

KELEBIHAN PROGRAM

  • Bahasa Jepun bukan syarat kemasukan pelajar
  • Biasiswa ditawarkan (merit based scholarship): RM4,621/bulan sepanjang tempoh pengajian
  • Layak memohon: hanya menggunakan keputusan peperiksaan akhir semester 1 matrikulasi sesi 2020/2021
  • Dapat menguasai bahasa Jepun selepas tamat pengajian

PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN

Sekiranya anda berminat untuk mohon peluang ke Universiti Kyoto pada November nanti, anda perlu buat persediaan dari sekarang. Ini persediaan yang perlu anda lakukan:

  • Mengambil ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa IELTS di Malaysia pada Oktober 2020
  • Mendapat keputusan cemerlang bagi PSPM 1
  • Nantikan perjumpaan Online bersama Kyoto University pada 9 Oktober nanti

SYARAT KHAS

Berikut adalah syarat khas yang diberikan oleh Univeristi Kyoto kepada pelajar Program Matrikulasi:

  • Tidak perlu memberi keputusan PSPM 1. Hanya perlu membuat di aplikasi online sistem permohonan yang akan dibuka nanti
  • Mengambil peperiksaan kelayakan Bahasa Inggeris Antarabangsa IELTS *Rujuk pensyarah Bahasa Inggeris di koleh matrikulasi masing-masing
  • Menduduki ujian standardized test:ACT (American College Testing)
  • Pelajar perlu membuat permohonan online dan setiap prosedur ujian yang diwajibkan dengan sendiri.

TARIKH PENTING PERMOHONAN

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan yang perlu dipatuhi:

  • 1 November 2020 – 10 Disember 2020: Permohonan Online di laman Kyoto University
  • Disember 2020 – Januari 2020: Document Screening
  • Februari – Mac 2021: Interview (online) & keputusan PSPM semester 1 perlu disertakan pada tempoh ini.
  • April 2021: Admission Offers
  • September 2021: Ketibaan di Jepun
  • Enrolment in the Preparatory course: 1 Oktober 2021

Untuk dapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai program yang ditawarkan, anda boleh terus rujuk di laman web Kyoto Universiti.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.