Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Bayaran Insentif RM900 Untuk Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP)

Oleh Cikgu Shaari • July 15, 2020 • 2 min baca

Bayaran Insentif RM900 Untuk Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP)
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan Bayaran Insentif sebanyak RM900 setiap orang untuk penyertaan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA. Bayaran insentif ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengasuh-pengasuh yang berkelayakan dalam industri pengasuhan kanak-kanak di Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenai bayaran insentif dan cara untuk memohon.

FAEDAH PESERTA KURSUS

Faedah yang akan diperolehi oleh peserta kursus adalah seperti berikut:

  • Yuran Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (KAP) peserta akan dibiayai menggunakan insentif ini
  • Menerima Sijil KAP setelah selesai menjalanan kursus ini
  • Diiktiraf sebagai pengasuh berdaftar

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Pengasuh di TASKA berdaftar yang belum hadir dan lulus KAP / KAAK
  • Individu yang berminat untuk bekerja untuk bekerja dalam industri pengasuhan kanak-kanak

KAEDAH PELAKSANAAN KURSUS

Kaedah pelaksanaan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak melalui insentif ini adalah:

  • KAP dijalankan secara atas talian
  • Penilaian peserta adalah melalui peperiksaan dan praktikum

CARA MEMOHON

Bagi pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, dapatkan borang permohonan insentif di pejabat JKM Negeri atau melalui laman sesawang ezi2care di pautan berikut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan kadar bayaran insentif RM900 seorang ini kepada agensi latihan yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung perkara ini anda boleh hubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03 8323 1996 atau Talian Kasih 15999 atau WhatsApp Talian Kasih 019 2615999. Anda juga boleh kunjungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan untuk maklumat lanjut.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.