Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Cara Mohon Pelbagai Jawatan Kosong RISDA Terbuka Buat Lepasan Sekolah & Graduan

Oleh Cikgu Shaari • July 22, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Pelbagai Jawatan Kosong RISDA Terbuka Buat Lepasan Sekolah & Graduan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar kini membuka peluang pelbagai jawatan kosong bertaraf tetap kepada warganegara Malaysia yang sedang mencari kerja  dan mempunyai ciri-ciri keperibadian yang dikehendaki.

Jawatan kosong di RISDA kini dibuka untuk permohonan secara atas talian. Permohonan adalah dibuka kepada individu yang mempunyai kelayakan SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan jawatan kosong RISDA.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan jawatan RISDA dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • Sehingga 7 Ogos 2022

SENARAI JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan oleh RISDA:

  1. Penolong Akauntan WA29
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19
  3. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
  4. Pembantu Kenderaan H11
  5. Pembantu Awam H11

CIRI-CIRI KEPERIBADIAN

RISDA mencari calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

  • Mempunyai keterampilan yang baik
  • Mempunyai semangat yang tinggi bekerja dalam kumpulan
  • Mempunyai bakat kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Mempunyai kelayakan profesionalisma
  • Boleh ditempatkan di mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA
  • Mempunyai nilai tambah (add-on value) yang sesuai dengan kelayakan minimum

SYARAT LANTIKAN

Hanya calon yang memenuhi syarat lantikan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

CARA MEMOHON

 

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan permohonan secara bertulis dengan disertakan resume, salinan sijil akademik dan lesen memandu yang berkaitan kepada:

  • PEGAWAI RISDA BAHAGIAN
    PEJABAT RISDA BAHAGIAN KAPIT
    NO.34, 1ST FLOOR, LOT 2141,
    JALAN BLETEH, NEW SHOP HOUSE,
    96800 KAPIT, SARAWAK

Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan DITOLAK. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam ( 3 ) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.