Info

Yuran Asrama Dan Perkhidmatan Universiti Bagi Semester Kedua Dikurangkan Sehingga 15%

July 16, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Yuran Asrama Dan Perkhidmatan Universiti Semester Kedua Dikurangkan Sehingga 15%

Berikutan dengan keluhan pelajar dan ibu bapa yang menghadapi bebanan kewangan susulan penularan COVID-19 Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad mengambil keputusan untuk memberi pengurangan atau diskaun yuran asrama dan perkhidmatan universiti bagi kemasukan semester kedua.

DISKAUN YURAN SEHINGGA 15%

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di Universiti Awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus. Langkah itu melibatkan peruntukan berjumlah RM72 juta dengan RM20 juta telah dipersetujui secara bersama Kementerian Kewangan dan baki adalah menerusi peruntukan dalaman universiti.

Seramai 523,318 penuntut universiti awam di seluruh negara dijangka akan mendapat manfaat daripada diskaun yang diberikan ini.

KEMASUKAN KE IPT SEMULA

Yuran Asrama Dan Perkhidmatan Universiti Bagi Semester Kedua Dikurangkan Sehingga 15%

Pihak IPT telah diberikan fleksibiliti untuk menentukan mod pembelajaran bersesuaian termasuk kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Kenyataan mengenai kemasukan penuh penuntut IPT bagi memulakan pengajian pada Oktober juga adalah ketentuan pihak IPT masing-masing.

Namun, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

PELAJAR DIMINTA BERSEDIA

Pada 8 Julai lalu, kerajaan bersetuju membenarkan kemasukan empat lagi kategori penuntut IPT ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini dan kemasukan sepenuhnya pada bulan Oktober.

Yuran Asrama Dan Perkhidmatan Universiti Bagi Semester Kedua Dikurangkan Sehingga 15%

Bagi memastikan keputusan berkenaan dapat dilaksanakan dengan sempurna, Menteri berkata pihak IPT dan semua penuntut hendaklah membuat persediaan yang diperlukan dari sekarang.

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda