Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kerajaan Sarawak Bermula 17 Ogos 2020

Oleh Cikgu Shaari • August 13, 2020 • 2 min baca

Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kerajaan Sarawak Bermula 17 Ogos 2020
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan RM5 juta bagi menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma untuk penduduk di kawasan bandar terlibat. Menurut Ketua Menteri, sebagai permulaan perkhidmatan bas sekolah percuma itu disediakan di Kuching dan Padawan dengan penyertaan sebanyak 46 bas yang dikendalikan Yayasan Sarawak.

Ia menyediakan perkhidmatan kepada murid di 32 buah sekolah di sekitar Kuching dan Padawan. Perkhidmatan itu akan diperluaskan ke bandar besar lain seperti Sibu dan Miri.

Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kerajaan Sarawak

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Bas Percuma yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma ini diperkenalkan adalah untuk:

  • Inisiatif perintis Kerajaan Sarawak untuk mensejahterakan dan meringankan beban rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah di bandar-bandar utama.
  • Memudahkan anak-anak ke sekolah dengan menaiki bas percuma mengikut waktu dan jadual perjalanan bas selain dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.
  • Bandaraya Kuching telah dipilih sebagai percubaan dan akan diperluaskan ke bandar-bandar lain yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi terutama Bintulu, Miri dan Sibu.

SENARAI SEKOLAH TERLIBAT

Antara sekolah yang terlibat setakat ini untuk menggunakan perkhidmatan bas percuma adalah:

  • SJK (C) Sungai Apong,
  • SJK Chung Hua Kuching,
  • SK Gita,
  • SK Matang Jaya,
  • SK Merpati Jepang,
  • SK Petra Jaya,
  • SK Rakyat Jalan Haji Bolhasan,
  • SK Semariang,
  • SK Semerah Padi,
  • SK St. Andrew (M), SK Tabuan,
  • SK Tabuan Hilir,
  • SMK Bako,
  • SMK Bandar Semariang,
  • SMK Batu Kawa,
  • SMK Jalan Arang,
  • SMK Kuching High,
  • SMK Matang Hilir,
  • SMK Matang Jaya,
  • SMK Pending,
  • SMK Petra Jaya,
  • SMK Santubong,
  • SMK Semerah Padi,
  • SMK Seri Setia,
  • SMK St. Joseph,
  • SMK St. Mary,
  • SMK St. Teresa,
  • SMK St. Thomas,
  • SMK Tun Abang Haji Openg,
  • SMK Tunku Abdul Rahman.

SEMAK LALUAN BAS

Perkhidmatan Bas Percuma yang disediakan ini adalah mengikut laluan yang disediakan. Dapatkan laluan di sini:

MUAT TURUN APLIKASI

Aplikasi mudah alih yang disediakan membolehkan orang ramai untuk melihat secara langsung kedudukan bas atau van sekolah yang terlibat.

Pelajar tidak perlu lagi menunggu lama atau ketinggalan bas dengan ciri ETA dan jadual yang disediakan. Ketahui sama ada sekolah anda berada di dalam laluan dengan menggunakan fungsi carian.

Muat turun aplikasi Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma sekarang melalui pautan di bawah:

Sarawak School Bus Service – ios

sarawak free school bus – android

Anda boleh lihat cara penggunaan aplikasi tersebut DI SINI.

Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kerajaan Sarawak

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.