Bantuan Telefon Pintar Pelajar B40 Di Perak Akan Diberi Mulai 22 Mei 2021

Edaran 20,000 telefon pintar inisiatif di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani kepada pelajar kumpulan B40 di Perak akan dibuat bermula 22 Mei 2021 ini.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, pemberian itu merupakan kesinambungan di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani dengan kerjasama sebuah yayasan bagi mengupayakan pendidikan dalam keluarga berpendapatan rendah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian telefon pintar percuma kepada keluarga yang layak.

BANTUAN TELEFON PINTAR

Menerusi kerjasama ini, kerajaan negeri Perak akan menyediakan:

  • 20,000 telefon pintar bersama modul pelajaran
  • Sim kad yang dilengkapi pelan data sebanyak 10GB setiap bulan percuma setiap tahun

Di bawah inisiatif yang sama:

  • 50,000 sim kad dilengkapi dengan pelan data 40GB bagi tempoh 60 hari akan diberikan kepada 50,000 pelajar terpilih di seluruh daerah

Bantuan diberikan bagi membantu keluarga miskin yang tidak berkeupayaan menyediakan telefon pintar untuk anak-anak.

TARIKH PEMBERIAN TELEFON PINTAR PERCUMA

Pemberian bantuan telefon pintar akan mula diberikan mulai:

  • Mulai 22 Mei 2021 (Sabtu)

KAEDAH PEMBERIAN

Pihak yayasan perlu mengesahkan terlebih dahulu bahawa penerima itu adalah mereka dalam kalangan senarai B40 dan kemudiannya membantu mendaftarkan pelajar-pelajar ini. Dengan cara itu, apabila menerima kemudahan telefon pintar ini nanti, mereka boleh terus menggunakannya.

Bagi melicinkan proses pengedaran dan mengelakkan program berkelompok, kerajaan negeri menyalurkan bantuan telefon pintar itu melalui pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Setiap ADUN diberikan amanah untuk menyusun atur dan mencari kaedah yang selamat ketika mengedarkan kemudahan ini.

PROGRAM TUISYEN CIKGU SAARANI DIPERKASA

Sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri juga menyusun beberapa pelan bagi memperkasa program Tuisyen Cikgu Saarani antaranya:

  • Sesi brainstorming yang melibatkan beberapa tenaga pakar termasuk bekal wakil rakyat yang pernah berkhidmat sebagai pendidik

“Kita akan buat program motivasi keibubapaan, motivasi pelajar, perkhemahan dalam cuti untuk pelajar dan banyak lagi, bergantung kepada idea dan perbincangan dalam kumpulan brainstorming tersebut”

INISIATIF DAN BANTUAN PROGRAM TUISYEN

Program pertama di Malaysia itu bakal merangkumi inisiatif dan bantuan khusus iaitu:

  • Tuisyen & kelas tambahan
  • Bantuan khas makanan
  • Program latih tubi menjelang peperiksaan
  • Penyediaan bahan pengajian berasaskan video interaktif

Kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM2.7 juta bagi bantuan khas makanan kepada 35,639 calon SPM yang menghadiri sesi persekolahan harian dan kelas tambahan di sekolah sebagai persiapan akhir menjelang peperiksaan buat permulaan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan telefon pintar dan perluas program tuisyen akan dimaklumkan sekiranya ada makluman terbaru.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma