Bantuan 20,000 Telefon Pintar Buat Keluarga B40 Di Negeri Perak Awal Mac 2021

Sebanyak 20,000 kumpulan isi rumah B40 di negeri Perak akan dibekalkan telefon pintar bagi membantu proses pembelajaran secara dalam talian seawal bulan depan.
Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, pemberian itu merupakan kesinambungan di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani dengan kerjasama sebuah yayasan bagi mengupayakan pendidikan dalam keluarga berpendapatan rendah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian telefon pintar percuma kepada keluarga yang layak.
Isi Kandungan
BANTUAN TELEFON PINTAR
Menerusi kerjasama ini, kerajaan negeri Perak akan menyediakan:
- 20,000 telefon pintar bersama modul pelajaran
Bantuan diberikan bagi membantu keluarga miskin yang tidak berkeupayaan menyediakan telefon pintar untuk anak-anak.
PROGRAM TUISYEN CIKGU SAARANI DIPERKASA
Sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri juga menyusun beberapa pelan bagi memperkarasa program Tuisyen Cikgu Saarani antaranya:
- Sesi brainstorming yang melibatkan beberapa tenaga pakar termasuk bekal wakil rakyat yang pernah berkhidmat sebagai pendidik
“Kita akan buat program motivasi keibubapaan, motivasi pelajar, perkhemahan dalam cuti untuk pelajar dan banyak lagi, bergantung kepada idea dan perbincangan dalam kumpulan brainstorming tersebut”
INISIATIF DAN BANTUAN PROGRAM TUISYEN
Program pertama di Malaysia itu bakal merangkumi inisiatif dan bantuan khusus iaitu:
- Tuisyen & kelas tambahan
- Bantuan khas makanan
- Program latih tubi menjelang peperiksaan
- Penyediaan bahan pengajian berasaskan video interaktif
Kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM2.7 juta bagi bantuan khas makanan kepada 35,639 calon SPM yang menghadiri sesi persekolahan harian dan kelas tambahan di sekolah sebagai persiapan akhir menjelang peperiksaan buat permulaan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan telefon pintar dan perluas program tuisyen akan dimaklumkan sekiranya ada makluman terbaru.