Waspada Ancaman Siber! Ikuti Tips Keselamatan Yang Dikongsikan Oleh KKMM Ini

Susulan situasi semasa yang berlaku di Palestin, Tim Perisikan Ancaman Siber CDOC-BSPP Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapati terdapat peningkatan aktiviti serangan balas terhadap infrastruktur siber ATM rentetan pelancaran penggodaman menerusi #OpsBedil dan #OpsIsrael yang dilaksanakan oleh beberapa kumpulan dari Malaysia.

Dalam kenyataan, menurut ATM terdapat lebih kurang 120 laman dan pangkalan data Israel telah digodam dan puluhan ribu pengguna akaun media sosial Malaysia memenuhi ruangan komen akaun media sosial Israel terutama Facebook dan Twitter Tentera Pertahanan Israel (IDF) untuk mengutuk serangan zionis terhadap rakyat Palestin.

Bagaimanapun, serangan yang dilaksanakan ini dikhuatiri menyebabkan  tindak balas agresif daripada penyokong regim Zionist Israel.

Waspada dengan ancaman siber, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) kongsikan tips keselamatan yang perlu diikuti.

KAEDAH ANCAMAN

Berdasarkan daripada analisis semasa, terdapat potensi tindak balas daripada Israel yang berlaku melalui beberapa kaedah seperti berikut:

  • Serangan berbentuk cyber hacktivism menggunakan taktik web defacement dan Distributed Denial of Services (DDoS). Ancaman dilihat sebagai tindak balas yang menjadi pilihan utama penyerang melalui penggunaan Mirai botnet bagi melaksanakan serangan DDoS ke atas sasaran.
  • Operasi siber melalui aktiviti cyber espionage bagi mendapatkan maklumat organisasi untuk tujuan strategik. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah penggunaan senjata siber tertentu seperti EternalBlue exploit untuk mengeksploitasi protokol Server Message Block (SMB).
  • Serangan disruptive seperti Stuxnet malware yang pernah dilaksanakan ke atas sistem nuklear Iran pada tahun 2010. Ia turut boleh menjadi pilihan mereka sebagai pilihan akhir.

TIPS KESELAMATAN ANCAMAN SIBER

Berikut adalah tips keselamatan yang dikongsikan oleh KKMM agar terhindar dari ancaman siber:

  • Matikan komputer dan sambungan internet apabila tidak digunakan
  • Kemas kini kata laluan dengan menggunakan kombinasi huruf, nombor dan aksara istimewa
  • Waspada email yang mencurigakan
  • Jangan buka email yang mencurigakan
  • Kemas kini “firewall” “Anti virus”
  • Jangan klik pautan yang tidak dikenali
  • Putuskan sambungan internet sekiranya terdapat permintaat ping
  • Jangan lawati laman web yang meragukan
  • Putuskan sambungan komputer internet sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan

Orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati dalam membuka atau memberi maklumat dalam apa jua keadaan yang mencurigakan.

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma