Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2023 MAINPP Bagi Sekolah Rendah & Menengah
Program bantuan awal persekolahan tahunan ini diwujudkan bagi membantu meringankan beban ibu bapa dalam menghadapi persediaan persekolahan anak- anak mereka. Terutama sekali dalam keadaan norma baharu akibat penularan wabak pandemik COVID-19.
Zakat Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 bagi meringankan beban asnaf di negeri ini dengan objektif utama agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
Permohonan Bantuan Awal Persekolahan bagi tahun 2023 kini dibuka. Semak syarat kelayakan dan panduan permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Awal Persekolahan tajaan Zakat Pulau Pinang bagi tahun 2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 1 November hingga 30 November 2022
SASARAN BANTUAN
Sasaran bantuan adalah pelajar-pelajar:
- Sekolah Rendah (tahun 1 hingga tahun 6)
- Sekolah Menengah (tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas)
*Pra sekolah dan tadika tidak dipertimbangkan
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan bantuan awal persekolahan:
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 tahun
- Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah
- Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi
- Kelayakan bilangan anak bersekolah dan pendapatan kasar isi rumah adalah seperti berikut:
– 2 Orang: RM1,800 & ke bawah
– 3 Orang: RM2,500 & ke bawah
– 4 Orang ke atas: RM2,750 & ke bawah
– 5 Orang anak dan ke atas: RM3,000 dan ke bawah - Pra sekolah dan tadika tidak dipertimbangkan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Slip gaji/ pengesahan pendapatan pemohon & isteri (jika bekerja)
- Salinan sijil cerai/ Sijil kematian/ Surat Akuan (jika pemohon ibu tunggal)
- Salinan MyKid/ MyKad/ Sijil Kelahiran pelajar
- Salinan penyata akaun/ pengesahan akaun bank
- Surat pengesahan dari JKM/ PERKESO/ Pencen (jika berkenaan)
CARA MEMOHON
Bagi sesi persekolahan tahun 2023, borang permohonan boleh diambil di semua kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang bermula pada 1 November 2022. Pastikan anda hadir pada waktu urusan di kaunter seperti berikut:
- Isnin – Khamis (8.30 pagi – 4.30 petang)
- Jumaat (8.30 pagi – 12.30 tengahari) (2.45 petang – 4.30 petang)
- Sabtu (9 pagi hingga 3 petang) – Minggu pertama di Kauter HQ Bandar Perda sahaja
- Ahad tutup
Borang yang telah siap diisi perlu dikembalikan semula kepada Zakat Pulau Pinang pada atau sebelum 30 November 2022. Berikut adalah alamat ibu pejabat Zakat Pulau Pinang untuk urusan permohonan bantuan:
- Zakat Pulau Pinang, MAINPP
No.4 Jalan Perda Selatan,
Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang. - Tel: 04-549 8088 / 04-430 6466
- Email: admin@zakatpenang.com