Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2021 Zakat Pulau Pinang

Program bantuan awal persekolahan tahunan ini diwujudkan bagi membantu meringankan beban ibu bapa dalam menghadapi persediaan persekolahan anak- anak mereka. Terutama sekali dalam keadaan norma baharu akibat penularan wabak pandemik COVID-19.

Zakat Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 bagi meringankan beban asnaf di negeri ini.

Isi Kandungan

SASARAN BANTUAN

Sasaran bantuan adalah pelajar-pelajar:

  • Sekolah Rendah (tahun 1 hingga tahun 6)
  • Sekolah Menengah (tingkatan 1 hingga tingkatan 6 bawah)

*Pra sekolah dan tadika tidak dipertimbangkan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan bantuan awal persekolahan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah
  • Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi
  • Kelayakan bilangan anak bersekolah dan pendapatan kasar isi rumah adalah seperti berikut:
    – 2 Orang: RM1,500 & ke bawah
    – 3 Orang: RM2,000 & ke bawah
    – 4 Orang ke atas: RM2,500 & ke bawah

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan slip gaji / pengesahan pendapatan
  • Salinan surat cerai/mati (jika ada)
  • Surat pengesahan pihak sekolah

CARA MEMOHON

Bagi sesi persekolahan tahun 2021, borang permohonan boleh diambil di semua kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang bermula pada 21 September 2020.

Borang yang telah siap diisi perlu dikembalikan semula kepada Zakat Pulau Pinang pada atau sebelum 30 Oktober 2020. Berikut adalah alamat ibu pejabat Zakat Pulau Pinang untuk urusan permohonan bantuan:

  • Zakat Pulau Pinang, MAINPP
    No.4 Jalan Perda Selatan,
    Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam,
    Pulau Pinang.
  • Tel: 04-549 8088 / 04-430 6466
  • Email: admin@zakatpenang.com
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma