Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Format & Panduan Kira Keputusan Pointer/ CGPA & GPA UiTM

Oleh Cikgu Shaari • October 31, 2022 • 2 min baca

Format & Panduan Kira Keputusan Pointer/ CGPA & GPA UiTM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Macam mana nak kira pointer GPA & CGPA bagi UiTM? Sekiranya anda merupakan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), anda wajib tahu macam mana nak kira keputusan pointer semester dan kumulatif anda berdasarkan jumlah gred yang diterima.

Tak susah pun nak kira sebenarnya, cuma pelajar ramai pelajar yang tidak ambil tahu dan hanya tunggu keputusan keluar sahaja. Anda hanya perlu ikut format yang diberikan sahaja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perbezaan antara GPA dan CGPA serta panduan membuat pengiraan keputusan pointer UiTM.

PERBEZAAN ANTARA GPA & CGPA

Apakah perbezaan antara GPA dengan CGPA?

  • GPA(Gred Point Average) : Merupakan keputusan pointer bagi semester
  • CGPA (Cumulative Gred Point Average): Merupakan keputusan pointer kumulatif/ menyeluruh hasil pertambahan pointer GPA bagi setiap semester sehingga semester semasa.

GRED CGPA UITM

Untuk makluman anda, setiap universiti menggunakan gred dan pointer yang berbeza mengikuti ketetapan masing-masing. Bagi pelajar UiTM, anda boleh gunakan jadual gred tersebut sebagai rujukan untuk kira pointer:

PANDUAN KIRA POINTER/ CGPA UITM

Berikut adalah panduan membuat pengiraan jumlah pointer berdasarkan kredit mata pelajaran dan gred:

Contoh:

  • Subjek A: Kredit (3), Gred (B), Mata Nilai (3.0), Jumlah Mata Nilai (9.00)
  • Subjek B: Kredit (3), Gred (B), Mata Nilai (3.0), Jumlah Mata Nilai (9.00)
  • Subjek C: Kredit (3), Gred (A-), Mata Nilai (3.70), Jumlah Mata Nilai (11.10)
  • Subjek D: Kredit (2), Gred (A-), Mata Nilai (3.70), Jumlah Mata Nilai (7.00)
  • Subjek E: Kredit (2), Gred (B-), Mata Nilai (2.70), Jumlah Mata Nilai (5.40)
  • Subjek F: Kredit (2), Gred (B-), Mata Nilai (2.70), Jumlah Mata Nilai (5.40)
  • Subjek G: Kredit (2), Gred (B+), Mata Nilai (3.30), Jumlah Mata Nilai (6.60)

Format Pengiraan GPA UiTM: (Hasil tambah Jumlah Mata Nilai) / (Hasil tambah Jumlah Kredit)

  • GPA: (9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60) / (3+3+3+2+2+2+2) = 3.17 

Maka 3.17 adalah pointer GPA bagi semester calon. Anda boleh gunakan GPA semester tersebut untuk buat pengiraan CGPA pula.

Format Pengiraan CGPA UiTM: (Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester) / (Hasil tambah semua kredit bagi semua semester)

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.