Boleh Ke Tanya Panel Kenapa Gagal Temuduga? Ini Cara Yang Lebih Profesional •Ramai Gagal Interview Kerana Abaikan Checklist Ini •Ramai Tak Sedar Bahagian Expected Salary Boleh Jejaskan Peluang Kerja •Ramai Fresh Graduate Masih Salah Tulis Cover Letter: Ini Cara Yang Recruiter Sebenarnya Mahu Baca Tahun 2026 •Cara Dapatkan Sponsor Untuk Projek Akhir Universiti (FYP) Tahun 2026: Panduan Lengkap Pelajar • Boleh Ke Tanya Panel Kenapa Gagal Temuduga? Ini Cara Yang Lebih Profesional •Ramai Gagal Interview Kerana Abaikan Checklist Ini •Ramai Tak Sedar Bahagian Expected Salary Boleh Jejaskan Peluang Kerja •Ramai Fresh Graduate Masih Salah Tulis Cover Letter: Ini Cara Yang Recruiter Sebenarnya Mahu Baca Tahun 2026 •Cara Dapatkan Sponsor Untuk Projek Akhir Universiti (FYP) Tahun 2026: Panduan Lengkap Pelajar •

Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir & Pelbagai Jawatan Di Yayasan Felda

Oleh Cikgu Shaari • October 31, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir & Pelbagai Jawatan Di Yayasan Felda
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Felda adalah sebuah pertubuhan yang melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sosial dan kebudayaan warisan budaya negara. Kini, Yayasan Felda membuka peluang warganegara Malaysia mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Lepasan SPM dan graduan lulusan Diploma/ Ijazah yang mempunyai kelayakan dan pengalaman berkaitan boleh mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Yayasan Felda
  • Nama Jawatan: Pelbagai jawatan
  • Kelayakan: SPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
  • Pengambilan: November 2022

SENARAI JAWATAN

  • Pegawai Tadbir (Sumber Manusia)
  • Pegawai Penilai – Diploma Pengurusan Pastri Dan Roti
  • Pemandu

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

Pegawai Tadbir (Sumber Manusia)

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 25 tahun
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Sumber Manusia) atau mana-mana bidang yang berkaitan
  • Berpengalaman dalam bidang berkaitan tidak kurang 2 tahun

Pegawai Penilai – Diploma Pengurusan Pastri Dan Roti

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 23 tahun
  • Berkelulusan Diploma kemahiran Malaysia
  • Mempunyai VTO melalui pengalaman mengajar dalam bidang kemahiran dan Sijil Induksi PP-PPD-PPB
  • Berpengalaman mengajar kursus kemahiran

Pemandu

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 21 tahun
  • Memiliki lesen memandu kelas D yang sah dan pengalaman kerja tidak kurang 2 tahun
  • Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai lesen GDL yang sah

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan bagi pengambiilan November 2022. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar RESUME ke alamat email atau whatsapp berikut:

  • Emel: norziana.ar@felda.net.my / nuruljuna.a@felda.net.my
  • Tel: Norziana (0132548682) / Nurul Arjuna (0129301288)

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.