Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Syarat Kelayakan Bantuan e-Pemula RM200 Buat Belia & RM100 Buat M40

Oleh Cikgu Shaari • October 11, 2022 • 1 min baca

Syarat Kelayakan Bantuan e-Pemula RM200 Buat Belia & RM100 Buat M40
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Inisiatif e-Pemula tahun ini telah menawarkan kredit e-dompet berjumlah 150 ringgit kepada belia. Atas komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menambah baik program ini, e-Pemula akan diteruskan dengan menaikkan jumlah kredit kepada 200 ringgit untuk manfaat 2 juta belia.

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet sebanyak 100 ringgit kepada anggaran 8 juta  kumpulan M40.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan kredit e-Pemula dan syarat kelayakan bantuan kepada golongan belia dan kumpulan M40.

KADAR BANTUAN E-PEMULA 2023

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, inisiatif e-Pemula akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet kepada 2 golongan dengan kadar bantuan ditetapkan seperti berikut:

  • e-Pemula M40: RM100
  • e-Pemula bujang: RM200

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KREDIT E-PEMULA

E-Pemula M40

Inisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet kepada:

  • Kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000

Dianggarkan searami 8 juta individu layak menuntut kredit ini dengan peruntukan disediakan 800 juta ringgit.

E-Pemula Belia

Atas komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menambah baik program ini, e-Pemula akan diteruskan untuk manfaat 2 juta:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
  • Pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas

Maklumat lanjut berkenaan pemberian bantuan e-Pemula ini akan dimaklumkan kemudian sekiranya mendapat makluman terbaru.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.