Inisiatif Bajet 2022: Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15% Mulai 1 November 2021

Seperti yang dijadualkan, Bajet 2022 akan diumumkan pada 29 Oktober 2022 jam 4 petang. Menurut Perdana Menteri, Bajet 2022 mempunyai faktor ‘Wow’ kerana ia dirangka untuk memberi manfaat semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjamin tiada seorang pun tercicir daripada agenda pemulihan negara setelah mengalami kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bajet 2022 adalah ‘dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat’ dan berimpak tinggi merangkumi bantuan kepada golongan B40 dan M40 serta sokongan perniagaan bagi memastikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mendapat akses kepada pembiayaan bagi menggerakkan semua perniagaan.
Selaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.
Isi Kandungan
DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
Kerajaan akan memberi diskaun bagi bayaran balik pinjaman PTPTN seperti berikut:
- 15% bagi bayaran baki hutang penyelesaian penuh
- 12% bagi bayaran >50% baki hutang dalam sekali bayaran
- 10% bagi bayaran balik dari potongan gaji/ debit mengikut jadual
TEMPOH DISKAUN
Tempoh diskaun akan diberikan sepanjang tempoh berikut:
- 1 November 2021 sehingga 30 April 2022
PTPTN sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.
Bagi yang nak penyelesaian penuh hutang PTPTN bagi menerima manfaat diskaun, anda boleh juga buat pengeluaran wang simpanan KWSP untuk bayaran PTPTN.
Rujuk: Cara Guna KWSP Untuk Bayar Pinjaman PTPTN
Bagi yang buat permohonan potongan gaji untuk bayaran balik PTPTN setiap bulan, anda boleh rujuk: Cara Mohon Potongan Gaji Untuk Bayaran Balik PTPTN