Residensi MADANI 2026: Cara Mohon Rumah RM200K Secara Online (Panduan Lengkap) •Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon • Residensi MADANI 2026: Cara Mohon Rumah RM200K Secara Online (Panduan Lengkap) •Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon •

Bantuan One-Off RM500 Buat Peniaga Bazar Ramadan Di Selangor

Oleh Cikgu Shaari • May 6, 2021 • 2 min baca

Bantuan One-Off RM500 Buat Peniaga Bazar Ramadan Di Selangor
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Mengambil kira keputusan penutupan Bazar Ramadan di enam daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat dari kes Covid-19 yang tinggi, Kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan secara one-off kepada semua penjaja dan peniaga di Bazar Ramadan. Namun bantuan ini tidak melibatkan Bazar Raya Aidilfitri.

Rasional Bazar Ramadan diarah tutup dan Bazar Raya dibuka adalah kerana Bazar Ramadan telah dibenar beroperasi selama 25 hari manakala Bazar Raya Aidilfitri baru sahaja beroperasi. Tambahan pula ramai yang baru terima gaji untuk beli kelengkapan menyambut Aidilfitri.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan kewangan kepada peniaga Bazar Ramadan.

SOP BAZAR RAYA DIPERKETAT

Memandangkan Bazar Raya dibenarkan beroperasi ketika peningkatan kes harian yang tinggi, kerajaan negeri telah memperketatkan SOP Bazar Raya di mana:

  • Kanak-kanak bawah 12 tahun TIDAK DIBENARKAN masuk
  • Sistem nombor giliran digunapakai
  • Had kemasukan orang dalam satu-satu masa ditetapkan

KADAR BAYARAN

Berikutan keputusan penutupan Bazar Ramadan di enam daerah PKP bantuan kewangan akan diberikan sebanyak:

  • RM500 one-off

Bantuan One-Off RM500 Buat Peniaga Bazar Ramadan Di Selangor

Menteri Besar, Dato Seri Amirudin Shari berkata agihan kepada kira-kira 11,000 penjaja membabitkan peruntukan RM5 juta bagi meringankan beban mereka.

Kerajaan Negeri menerusi pihak berkuasa tempatan akan membantu peniaga yang terjejas akibat pelaksanaan PKP mulai 8 Mei 2021.

Perlu diingatkan bahawa hanya Bazar Ramadan di enam daerah PKP sahaja ditutup, di tiga daerah lain boleh beroperasi seperti biasa.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.