Cara Tuntut Pampasan Jika Penerbangan Anda Ditunda Atau Dibatalkan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengambil maklum mengenai rungutan, aduan dan keluhan yang disuarakan oleh pengguna berhubung kelewatan penerbangan salah satu syarikat penerbangan di Malaysia membabitkan pelbagai destinasi dalam negara. Kelewatan itu dikesan sudah berlaku sejak penghujung bulan lalu dan masih berlanjutan.

Kini, pengguna perkhidmatan penerbangan yang mengalami isu penerbangan tertunda atau dijadual semula mempunyai hak untuk menuntut pampasan bagi meneruskan perjalanan dengan tertakluk kepada beberapa faktor.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jenis pampasan yang boleh dituntut jika terkesan dengan  dengan masalah perkhidmatan penerbangan dan cara buat tuntutan pampasan.

PAMPASAN YANG BOLEH DITUNTUT

Pampasan yang boleh dituntut adalah bergantung kepada punca penundaan/ pembatalan dan tempoh penerbangan ditunda seperti berikut:

  • Penerbangan DITUNDA 2 jam atau lebih
    – Makanan, panggilan telefon dan akses internet
  • Penerbangan DITUNDA 5 jam atau lebih
    – Penginapan hotel dan pengangkutan
  • Penerbangan DIBATALKAN
    – Pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif

Pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.

CARA BUAT TUNTUTAN PAMPASAN

Jika anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi dengan:

  • membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan; atau
  • layari https://www.mavcom.my untuk maklumat lanjut

Untuk membuat aduan bagi tujuan tuntutan pampasan, pastikan anda mempunyai butiran/ bukti seperti berikut:

  • Nama syarikat penerbangan
  • Nombor penerbangan
  • Tarikh & masa penerbangan
  • Sebarang bukti berkaitan seperti salinan tiket/ tempahan, salinan imbasan pas masuk pesawat, gambar/ tangkap layar (screenshot), salinan pasport/ kad pengenalan (jika berkenaan), laporan bagasi dan lain-lain

Terdahulu, laman media sosial dibanjiri dengan perkongsian oleh pengguna pengangkutan penerbangan sebuah syarikat yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan apabila penerbangan mereka ditunda atau dijadualkan semula pada saat akhir.

Tindakan syarikat berkenaan menukar jadual penerbangan pada saat akhir membangkitkan kemarahan pengguna apabila ia dilihat seperti ‘lepas tangan’ dan tidak bertanggungjawab selain menyusahkan pelanggan.

Jangan pernah takut untuk tuntut hak anda sebagai pengguna, semoga bermanfaat!

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma