Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) telah memaklumkan akan merangka strategi penyediaan dan pelaksanaan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Strategi yang diumumkan ini akan membabitkan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemaju perumahan swasta. MPMMN adalah platform membincang […]