Pembiayaan Mudah Untuk Anak Muda Miliki Rumah Melalui PR1MA Dengan Kerjasama SJKP
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) telah memaklumkan akan merangka strategi penyediaan dan pelaksanaan 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Strategi yang diumumkan ini akan membabitkan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemaju perumahan swasta. MPMMN adalah platform membincang dan menyelaras hala tuju penyediaan rumah mampu milik (RMM) seluruh negara selaras dengan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan mudah untuk anak muda melalui PR1MA bersama Syarikat perumahan berhad (SJKP)
Isi Kandungan
KERJASAMA ANTARA SJKP DENGAN PR1MA
Dengan wawasan untuk merealisasikan aspirasi Kerajaan “1 Keluarga 1 Rumah” selari dengan hala tuju Keluarga Malaysia, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), sebuah agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dipertanggungjawabkan untuk membina rumah mampu milik dan meningkatkan pemilikan rumah sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) hari ini telah menjalin kerjasama dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP), sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan bagi melaksanakan Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA.
Home ownership Programme (HOPE) KPKT
‘Home Ownership Programme’ (HOPE) oleh KPKT. Sebagai permulaan, ia ditawarkan kepada pembeli kediaman Residensi Larkin Indah sebelum diperluaskan ke projek PR1MA di seluruh negara.
PEMBIAYAAN MUDAH UNTUK ANAK MUDA MILIKI RUMAH
Untuk makluman, SJKP ditubuhkan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang:
- tidak mempunyai dokumentasi lazim pinjaman perumahan antaranya slip gaji, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.
- Ini sekali gus dapat meningkatkan kadar kelulusan pembiayaan pinjaman perumahan di kalangan anak muda yang terlibat dalam sistem ekonomi gig iaitu mereka yang mempunyai perniagaan sendiri.
- Melalui program SJKP, bakal peminjam akan mendapat pembiayaan lebih tinggi sehingga 100 peratus.
Sehingga kini, terdapat 16 institusi kewangan yang menyokong kolaborasi untuk Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA ini. Senarai penuh boleh dirujuk di laman web SJKP (www.sjkp.com.my)
KELEBIHAN PEMBIAYAAN SJKP
Antara kelebihan mendapatkan pembiayaan perumahan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) adalah:
- Kadar faedah bagi pembiayaan adalah kurang daripada 5% bergantung kepad abank
- Kelulusan pembiayaan adalah dalam tempoh yang singkat
Golongan sasaran yang boleh memohon skim ini adalah:
- Individu berkelayakan
- Individu tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji untuk mendapaykan kemudahan pembiayaan gadai janji
Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan terus menyokong usaha PR1MA menjalankan mandat mereka dan membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri yang membolehkan penghuninya menikmati kehidupan yang mampan.