Jiran Parking Kereta Depan Rumah Boleh Dikenakan Tindakan. Ini Cara Buat Aduan Pihak Berkuasa

Ada jiran parking di depan rumah anda sehingga menghalang lalu lintas untuk keluar rumah? Lebih menyusahkan apabila ada jiran yang meletakkan kenderaan betul-betul di hadapan pintu pagar rumah. Jangan terkejut, memang ada ya jiran yang macam ini!

Tahu tak, sebenarnya anda boleh buat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya ada jiran yang meletakkan kenderaan di hadapan rumah atau premis anda. Mereka boleh dikenakan denda tau!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kesalahan meletakkan kenderaan dan cara buat aduan pihak berkuasa.

Baca juga: Cara Buat Aduan Sekiranya Mendapati Ada Individu “Cop Parking”

KESALAHAN PARKING KENDERAAN

Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987:

“Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.”

Seksyen 22 Akta Kesalahan Kecil 1955

Sekiranya ada individu yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah atau premis anda dengan sengaja, mereka boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan kecil 1966 (“AKK 1955”) atau Kanun Keseksaan di atas sebab melanggar masuk (“Tresspass”)

“Barangsiapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal….dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih dari lima puluh ringgit.”

CARA BUAT ADUAN

Ada jiran parking di perkarangan rumah atau premis anda sehingga mengganggu lalu lintas anda? Jangan bertindak melulu, anda boleh buat aduan kepada:

  • Laporan kepada Majlis Bandaraya/ Penguatkuasa Daerah masing-masing
  • Membuat laporan Polis

Walaubagaimanapun, melalui laman Facebook PDRM, mereka menasihatkan agar anda berbincang dan berunding terlebih dahulu dengan pemilik kenderaan tersebut. Jika perkara yang sama masih berlaku setelah membuat teguran berkali-kali, anda boleh buat laporan kepada pihak berkuasa.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma