Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Undi18: Semak & Sahkan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) Bakal Pengundi 18 Tahun Ke Atas

Oleh Cikgu Shaari • October 20, 2021 • 2 min baca

Undi18: Semak & Sahkan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) Bakal Pengundi 18 Tahun Ke Atas
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat dan membuat aduan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum didaftar sebagai pemilih secara automatik.

SPR menyeru kepada 5.8 juta bakal pemilih berumur 18 tahun dan ke atas untuk menyemak dan mengesahkan maklumat mereka dengan SPR mulai 1 Oktober 2021 seiring proses Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan pra-pendaftaran pemilih automatik (SPPA).

TUJUAN SPPA

MySPR Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) bertujuan memberi peluang kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dan belum mendaftar sebagai pemilih untuk menyemak dan mengesahkan maklumat peribadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

TEMPOH SEMAKAN

Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Oktober hingga 31 Oktober 2021

MAKLUMAN SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN PEMILIH AUTOMATIK (SPPA)

Maklumat 5.8 juta bakal pemilih akan dipamerkan. Warganegara Malaysia 18 tahun ke atas dan belum daftar pemilih boleh:

  • Membuat semakan
  • Sahkan maklumat dengan SPR
  • Buat aduan kepada SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik

Jika bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat dipaparkan, anda diminta:

  • Kemas kini alamat kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara sebelum 31 Oktober 2021

KAEDAH SEMAKAN

Urusan Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) boleh dibuat pada 1 Oktober hingga 31 Oktober 2021 melalui dua kaedah berikut:

Semakan Melalui Aplikasi MySPR SPPA

Membuat semakan menggunakan aplikasi MySPR SPPA di pautan:

Hadir Ke Tempat Semakan SPPA

Hadir ke 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara dan mengimbas Kod QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai SPPA ini, orang ramai boleh hubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau layari portal www.spr.gov.my.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.