Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Tindakan ‘Cop Parking’ Boleh Dikenakan Denda RM2,000 & 6 Bulan Penjara

Oleh Cikgu Shaari • December 28, 2020 • 2 min baca

Tindakan ‘Cop Parking’ Boleh Dikenakan Denda RM2,000 & 6 Bulan Penjara
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kesukaran mencari tempat letak kereta atau ‘parking’ terutamanya di kawasan tertumpu seperti pusat membeli belah kini menjadi isu biasa di dalam masyarakat kini. Perkara ini mungkin berlaku akibat penyediaan tempat parking yang agak terhad.

Hal ini telah menyebabkan berlakunya kes perebutan tempat kereta malah ada juga sehingga mencetuskan pergaduhan. Amalan cop parking dengan pelbagai cara kini menjadi perkara biasa.

Tahu tak, tindakan cop parking ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan denda?

BENTUK KESALAHAN ‘COP PARKING’

Jika kita dapat lihat di luar sana, terdapat pelbagai bentuk kesalahan ‘cop parking’ ini, contohnya:

  • Hantar wakil keluar berdiri di kotak kosong parking di tempat awam
  • Letakkan kon / penghalang di tempat parking kawasan rumah pangsa mahupun apartment
  • Letakkan kon/ penghalang di hadapan kedai

Tindakan 'Cop Parking' Boleh Dikenakan Denda RM2,000 & 6 Bulan Penjara

KESALAHAN COP PARKING

Menurut perkongsian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Individu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan denda:

  • Penalti tidak lebih RM2 ribu; atau
  • Penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama
  • Denda sehingga RM4,000 atau
  • Penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya
Nota: Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Tindakan 'Cop Parking' Boleh Dikenakan Denda RM2,000 & 6 Bulan Penjara

CARA BUAT ADUAN

Sekiranya anda mendapati ada individu yang telah membuat kesalahan cop parking seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat aduan dengan butiran melalui saluran berikut:

Aduan mestilah disertakan bersama:

  • Butiran pengadu ( beserta nombor kad pengenalan)
  • Lokasi kejadian
  • Tarikh dan masa kejadian
  • No. Plat kenderaan
  • Butiran kejadian beserta gambar bukti

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.