Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

FELCRA Sedia 2,500 Peluang Kerja Untuk Belia Seluruh Negara. Gaji Lebih RM3,000 Diberi

Oleh Cikgu Shaari • December 28, 2020 • 2 min baca

FELCRA Sedia 2,500 Peluang Kerja Untuk Belia Seluruh Negara. Gaji Lebih RM3,000 Diberi
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

FELCRA Berhad merupakan salah satu pemain industri dalam sektor pertanian negara turut terkesan akibat kekurangan tenaga kerja kurang mahir dan separuh mahir di ladang yang menyebabkan proses penunaian hasil ladang lewat serta memberi impak negatif ke atas tahap efisien pengurusan ladang.

Bagi mengisi kekurangan tenaga kerja di ladang dan meningkatkan semua kapasiti pengurusan ladang, FELCRA kini membuka tawaran kerja buat belia di seluruh negara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut peluang pekerjaan yang ditawarkan.

2,500 PELUANG PEKERJAAN

Sebanyak 2,500 peluang pekerjaan terbuka sebagai:

  • Pakar penuaian di ladang-ladang kelapa sawit seliaan FELCRA Berhad di seluruh negara

Sebagai langkah awal, FELCRA menyediakan 1,000 kekosongan bagi mereka yang mempunyai pelbagai tahap pengalaman. FELCRA amat mengalu-alukan permohonan daripada generasi kedua FELCRA yang ingin bersama memajukan projek Peserta.

KELAYAKAN PERMOHONAN

Tawaran peluang pekerjaan ini adalah terbuka kepada individu yang merupakan:

  • Rakyat Malaysia
  • Golongan belia berumur 18 hingga 45 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19
  • Ingin memulakan kehidupan baharu sama ada di negeri asal atau berhijrah ke negeri lain
  • Mempunyai kudrat sempurna untuk bertugas dengan baik
  • Berkebolehan baik dalam membaca serta menulis

LATIHAN & PENSIJILAN KHUSUS DISEDIAKAN

Bagi calon yang tiada pengalaman,

  • Latihan insentif selama tiga bulan akan diberikan bagi menyediakan mereka secara holistik

Bagi calon yang berpengalaman dan telah melangkaui tahap pakar penuaian,

  • Latihan dan pensijilan khusus dapat diraih demi peningkatan ilmu pengurusan, sekali gus menyediakan mereka untuk tangga kerjaya yang lebih tinggi

PENDAPATAN DITAWARKAN

Menurut FELCRA, pendapatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Gaji asas RM1,200 bagi pengambilan calon-calon pakar penuaian tanpa pengalaman, setanding dengan kadar pasaran.
  • Gaji asas akan disokong dengan pelbagai elaun dan insentif produktiviti
  • Pendapatan melebihi RM3,000 sebulan bagi calon yang mencapai tahap penuaian dengan berbakti kepada tanah bersama FELCRA Berhad

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan, anda ke laman web rasmi FELCRA Berhad di felcra.com.my.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.