Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Bil Elektrik Tak Masuk Akal? Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Aduan & Bacaan Semula

Oleh Cikgu Shaari • June 23, 2020 • 2 min baca

Bil Elektrik Tak Masuk Akal? Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Aduan & Bacaan Semula
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai bil elektrik yang melambung apabila bil sampai ke rumah. Jika diikutkan memang logik bil elektrik meningkat memandangkan semua orang berada di rumah sepanjang tempoh PKP. Namun, apa yang menjadi bualan hangat adalah apabila jumlah bil yang sampai tidak masuk akal.

Jika anda perasan bil anda melambung sangat tinggi, bukan anda seorang sahaja alaminya! Jangan risau, jika anda merasakan bil anda tidak masuk akal, anda boleh buat semakan semula dengan TNB.

Berikut adalah perkongsian oleh @arifjemali melalui laman Twitter nya mengenai langkah-langkah untuk membuat aduan kepada TNB.

CARA MEMBUAT ADUAN & BACAAN SEMULA BIL

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ambil:

Seperti yang dikongsiakan, anda boleh membuat aduan dengan mengambil gambar atau scan bil semasa PKP dan bil sebulan sebelum PKP dijalankan. Anda hanya perlu emailkan 2 bil tersebut ke tnbcareline@tnb.com.my. Mohon semakan kes dan bacaan semula meter melalui email yang dihantar tersebut.

Bil Elektrik Tidak Masuk Akal? Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Aduan & Bacaan Semula

Baca juga: Cara Semak Jumlah Bil Elektrik yang Perlu Dibayar, Tidak Perlu Daftar Akaun

SEBELUM DAN SELEPAS SEMAKAN SEMULA

Sudah ada yang cuba membuat aduan dengan cara berikut dan mereka mendapati bacaan yang baru adalah jauh lebih rendah berbanding yang diterima.

Sebelum

Bil Elektrik Tidak Masuk Akal? Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Aduan & Bacaan Semula

Selepas

Bil Elektrik Tidak Masuk Akal? Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Aduan & Bacaan Semula

Baca juga: Tips Mudah Jimat Penggunaan Elektrik Di Rumah

Anda disarankan untuk membuat aduan secara email sahaja kerana talian TNB agak sukar untuk dicapai memandangkan ramai yang menggunakan talian untuk hubungi TNB. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu anda yang mengalami kesusahan akibat peningkatan bil elektrik ini. Selamat mencuba!

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.