7 Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga “Apakah Kelemahan Anda?”

Bagi yang sudah biasa pergi temuduga pasti tahu soalan ini adalah antara soalan yang famous kerap ditanya oleh penemuduga. Apakah kelemahan anda? Kelemahan diri adalah satu perkara negatif yang ada pada diri kita yang penemuduga cuba cari. Tapi bila fikir-fikir balik, jika kita dedahkan kelemahan pasti mereka tidak ambil kita kerja kan?

Sebab itulah anda perlu kuasai cara menjawab soalan untuk bahagian ini. Nak ceritakan kelemahan diri pun kena ada teknik tau! Tekniknya adalah ceritakan kelemahan anda daripada sudut positif.

7 Jawapan Terbaik Untuk Soalan Temuduga "Apakah Kelemahan Anda?"

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 7 jawapan terbaik untuk anda menceritakan kelemahan diri dengan cara yang betul.

7 JAWAPAN TERBAIK UNTUK SOALAN KELEMAHAN DIRI

Apakah kelemahan anda? Ini jawapannya….

1 Saya seorang “Detail Oriented”

Detail Oriented adalah seorang pekerja yang baik kerana kerja yang dilakukan sukar untuk dijumpai kesalahan. Ini kerana kerja yang siap dilakukan akan di semak berkali-kali. Namun apa yang menjadi masalah untuk seorang yang detail oriented adalah sukar siapkan kerja dalam masa yang cepat.

Perkara ini menjadi positif kerana anda seorang yang teliti dalam melakukan tugas dan membantu staf lain untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan. Kualiti kerja yang dihasilkan juga pastinya memuaskan.

2 Sukar untuk mengatakan “tidak”

Anda seorang yang susah nak tolak permintaan orang termasuk pemberian tugasan walaupun bukan kerja anda. Ia mungkin akan menyebabkan anda terbeban dengan tugasan sendiri dan menyiapkan kerja baru yang diberikan.

Namun ia merupakan satu perkara yang baik kerana anda mempunyai sikap memberi komitmen melakukan tugasan dan sedia untuk membantu orang lain di samping siapkan kerja sendiri.

3 Saya dapat menggunakan lebih banyak pengalaman dalam…

Ceritakan bagaimana untuk memperbaiki kelemahan dalam kemahiran tertentu. Jadikan soalan “Apakah kelemahan anda” untuk anda ceritakan apakah yang akan anda lakukan pada masa akan datang. Seolah-olah anda mencabar diri anda untuk menjadi lebih baik dengan memperbaiki kelemahan anda menggunakan kemahiran teknologi atau kemahiran menggunakan program di dalam Microsoft Office contohnya.

Antara kelemahan yang menjadi perkara positif berkaitan kemahiran anda adalah:

  • Komunikasi lisan
  • Komunikasi bertulis
  • Kepimpinan pasukan
  • Mentafsirkan analisis
  • Memberi kritikan yang membina
  • Program khusus

4 Kadang-kadang berasa kurang yakin

Kurang keyakinan diri adalah kelemahan yang biasa ada pada semua orang. Ini adalah kerana ada beberapa perkara yang perlu dilakukan yang belum pernah anda lakukan atau jarang melakukannya.

Namun anda boleh menyatakan bahawa anda seorang yang suka meminta pertolongan orang lain untuk membantu memberi tunjuk ajar tentang perkara yang tidak diyakini.

Tekankan pada penemuduga bahawa keyakinan diri amat penting dalam diri seseorang untuk meningkatkan prestasi kerja dan kepentingan saling kerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.

5 Bermasalah untuk meminta pertolongan

Meminta pertolongan adalah kemahiran yang diperlukan terutamanya ketika anda kurang kemahiran dalam bidang tertentu serta ketika menghadapi bebanan kerja yang tidak dapat diuruskan lagi. Sekiranya anda tahu sukar untuk meminta pertolongan pada masa lalu, jelaskan mengapa meminta pertolongan bermanfaat dan anda telah berusaha untuk mengatasi masalah ini.

6 Sukar bekerja dengan personaliti tertentu

Orang yang fleksibel juga boleh menghadapi masalah untuk bekerja dengan orang lain yang mempunyai personaliti tertentu. Mempunyai kemahiran kerja berpasukan yang baik juga sangat penting kerana ia menunjukkan bagaimana anda bekerja dengan orang lain.

Sekiranya ini merupakan kelemahan anda, jelaskan cara anda mengatasinya. Kemudian bincangkan cara-cara anda menyesuaikan komunikasi atau gaya kerja anda untuk bekerja lebih baik ke arah tujuan bersama.

7 Sukar untuk mengekalkan keseimbangan kerja dengan kehidupan yang sihat

Mempunyai keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat adalah penting untuk mengekalkan motivasi dalam pekerjaan. Setelah seharian menghabiskan masa di tempat kerja, anda juga perlu mengutamakan masa bersama keluarga, hobi, berehat dan kesihatan. Perkara ini dapat membantu anda merasa lebih segar ketika bekerja dan meningkatkan motivasi.

Jelaskan cara anda cuba seimbangkan antara kehidupan dan pekerjaan dan bagaimana hasil kerja anda semakin baik dengan perubahan anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda untuk menjawab soalan temuduga berkaitan kelemahan diri. Walau apapun jawapan yang anda berikan, pastikan ianya JUJUR dan diselitkan dengan nilai positif di sebalik kelemahan anda.

Selamat maju jaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma