Mohon Bantuan SND Mikro Dan Cottage Sabah, Terima RM1,000 Secara Tunai
Sebanyak RM20 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Sabah bagi membantu usahawan mikro dan cottage luar bandar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di bawah pakej rangsangan Fasa Kedua dalam “Sabah New Deal”.
Sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Bantuan Geran Sabah New Deal yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap MTI akan bertanggungjawab meluluskan permohonan daripada usahawan yang diterima.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan SND Mikro dan Cottage, Sabah.
Isi Kandungan
OBJEKTIF BANTUAN
Objektif Bantuan SND Mikro Dan Cottage Sabah disediakan adalah untuk:
- Menaiktaraf dan menambahbaik aktiviti pengeluaran dan kualiti produk yang dihasilkan.
- Meringankan kesulitan yang dihadapi berikutan penularan wabak COVID-19
- Memberi bantuan untuk modal pusingan usahawan
KUMPULAN SASAR
Bantuan ini mensasarkan pemohon yang merupakan Usahawan Mikro & Cottage khususnya yang mengeluarkan produk-produk makanan di luar bandar yang berskala kecil.
Produk-produk lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro Cottage juga layak memohon.
KADAR BANTUAN
Bantuan sejumlah RM1,000 tunai akan memanfaatkan setiap pemohon yang diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro dan Cottage dalam aspek:
- Modal pusingan
- Pemprosesan
- Penyimpanan
- Pembungkusan
- Pelabelan
- Logistik
- Pemasaran atas talian
SYARAT PERMOHONAN
Usahawan mikro yang ingin memohon perlulah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Usahawan mikro dan cottage di luar bandar yang berskala kecil dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
- Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Cottage yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk & perkhidmatan sahaja.
- Mempunyai Lesen Perniagaan atau surat pengesahan rasmi daripada Pengerusi MPKK berkenaan mengenai perusahaan atau aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan yang sedang dijalankan.
- Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Geran Mikro & Cottage secara atas talian atau melalui emel atau menghantar borang yang telah dilengkapkan ke pejabat DIDR.
- Menyertakan salinan kad pengenalan, lesen perniagaan atau surat pengesahan yang disahkan serta salinan muka depan buku bank.
- Keutamaan adalah diberi kepada pengusaha yang belum mendapat bantuan IKS (BAIKS)
- Bantuan ini tidak merangkumi Petani, Penternak dan Nelayan.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian mulai 20 Julai 2020 sehingga 3 Ogos 2020. Isi permohonan di pautan berikut:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan berkenaan program ini, sila hubungi Biro Permohonan dan Database, Pasukan Petugas SND RM20Juta UMC berikut :
1) Encik Rodolfo Blantocas (Ketua 1) – (088) 215 822
2) Cik Mary Boniface (Ketua 2) – (088) 262 043
3) Cik Sharifah Norizan Sh. Sihan – (088) 225 590
4) Cik Alicia Pawan – (088) 225 443
5) Encik Mohd. Affendy Abdullah Minun – (088) 231 204
6) Encik Joseph Gabriel – (088) 225 445
7) Cik Nur Farahana Sykila Francis – (088) 225 445
8) Cik Sh. Noratikah Sh. Sihan – (088) 225 445
Atau ajukan pertanyaan anda melalui emel ke Urusetian di alamat sndumc2020@gmail.com.