Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS), Pembiayaan Sehingga RM10,000

Oleh Cikgu Shaari • July 23, 2020 • 2 min baca

Permohonan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS), Pembiayaan Sehingga RM10,000
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) merupakan satu skim pembiayaan Mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19. Permohonan pembiayaan TBRS ini terbuka kepada semua sektor perniagaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai syarat permohonan dan cara memohon pembiayaan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS).

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan dibuka kepada usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah:

  • Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  • Warganegara Malaysia ( Bumiputera / India )
  • Berumur 18- 60 tahun
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  • Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah atau dokumen lain yang mengesahkan pemohon menjalankan perniagaan.
  • Bebas daripada tindakan kebankrapan
  • Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)

KADAR PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan melalui Skim Pembiayaan Mikro adalah sebanyak:

  • RM1,000 sehingga RM10,000

Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah selama 1 tahun hingga 3 tahun dengan kadar yang dikenakan adalah sebanyak 3.5% setahun.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah:

  • Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN ( JPP/BORANG/02 )
  • Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu ( JPP/BORANG/17 )
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan ( jika berkenaan )
  • Salinan Penyata Akaun Bank Individu untuk 1 bulan terkini
  • Salinan salah satu Bil Utiliti terkini ( elektrik / air / telefon / syarikat TV berbayar )

CARA MEMOHON

Usahawan yang berminat boleh menghantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan melalui Pejabat TEKUN Cawangan yang berdekatan dengan premis / lokasi perniagaan pemohon. Anda boleh semak senarai pejabat TEKUN mengikut negeri di bawah:

Proses permohonan mengambil masa 5 hari bekerja untuk usahawan TEKUN sedia ada dan 7 hari bekerja untuk usahawan yang pertama kali memohon pembiayaan TEKUN selepas borang permohonan yang lengkap diterima.

Download borang-borang permohonan pembiayaan di bawah:

borang senarai semak

borang permohonan pembiayaan

borang penama

borang kebenaran penzahiran maklumat

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim Pemulihan Pembiayaan TEKUN (TBRS) sila layari www.tekun.gov.my atau ajukan pertanyaan melalui Facebook Rasmi TEKUN Nasional @tekunasional.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.