Senarai Institusi Latihan Kemahiran Yang Lepasan SPM Boleh Mohon

Tidak ramai yang tahu kelebihan sambung pengajian dalam bidang kemahiran. Sebenarnya bidang kemahiran adalah salah satu bidang yang sangat berguna tidak kira di mana pun kita berada dan terpakai sampai bila-bila.

Dengan zaman sekarang yang mementingkan teknologi dan kemahiran, latihan kemahiran adalah penting bagi menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu. Terdapat sebagai kemahiran yang boleh anda ceburi dari pelbagai institusi yang ditawarkan di Malaysia.

Baca Juga: Lepasan TVET Terima Tawaran Sehingga RM30,000 Sebulan, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai TVET

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai institusi latihan kemahiran yang lepasan SPM boleh mohon.

SENARAI INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN

1) Kolej Komuniti

Senarai Institut Latihan Kemahiran Yang Lepasan SPM Boleh Mohon

Rasanya sudah ramai yang tahu mengenai institusi ini kerana ia agak terkenal dengan kemahiran yang ditawarkan. Bagi yang masih tidak tahu, ini sedikit maklumat untuk anda. Terdapat 4 program yang ditawarkan di Kolej Komuniti iaitu:

  • Sijil Kolej Komuniti (T)
  • Diploma Kolej Komuniti (DKK)
  • Sijil Kolej Komuniti (M)
  • Sijil Kolej Komuniti (P)

Terdapat juga kursus pendek yang ditawarkan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kemasukan pelajar adalah dibahagikan kepada 2 sesi iatu Mac, Julai dan November.

Berikut adalah senarai program Diploma yang ditawarkan di Kolej Komuniti:

  1. Diploma Dandanan Rambut
  2. Diploma In 3D Animation
  3. Diploma In Architectural Technology
  4. Diploma In Culinary Arts
  5. Diploma In Customer Service Management
  6. Diploma In Electrical Technology (Sound & Lighting)
  7. Diploma In Electronic (Instrumentation)
  8. Diploma in Games Art
  9. Diploma In Hotel Management Joint Certificate With Taylor’s University
  10. Diploma In Hospitality Operation
  11. Diploma In Mechanical Engineering technology (CADD)
  12. Diploma In Mobile Technology
  13. Diploma In Patisseries
  14. Diploma In Rail Signalling And Communication Technology
  15. Diploma In Rolling Stack Technology (Electric Train)
  16. Diploma In Security Technology
  17. Diploma In Telecommunication Technology
  18. Diploma In Automotive Technology
  19. Diploma In Terapi Kecantikan

Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh dibuat melalui UPUOnline.

2) GIATMARA

Senarai Institut Latihan Kemahiran Yang Lepasan SPM Boleh Mohon

GIATMARA menawarkan dua pilihan program iaitu:

  • Sepenuh Masa
  • Separuh Masa

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memasuki GIATMARA adalah:

  • Bumiputera.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  • Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
  • Berminat dengan bidang yang dipohon.
  • Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di sini: GIATMATA Malaysia

3) Politeknik

Politeknik menawarkan beberapa Program Pengajian untuk lepasan SPM dengan syarat-syarat tertentu iaitu:

i) Program Kejuruteraan

  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  • Memperoleh tiga (3) kepujian iaitu:
    – Matematik
    – Satu mata pelajaran berkaitan Sains/ Teknologi/ Vokasional
    – Mana-mana satu mata pelajaran lain
    – Bagi bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, tidak buta warna
    – Tidak catat anggota

ii) Program Teknologi Maklumat & Komunikasi & Program Perdagangan (Diploma Akauntasi)

  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  • Memperoleh tiga kepujian termasuk Matematik

iii) Program Perdagangan (Diploma Pengajian Perniagaan)

  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah
  • Memperoleh lima kepujian dalam mana-mana subjek

iv) Program Pra Diploma

  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  • Lulus Matematik/ Matematik Tambahan
  • Memperoleh 3 kepujian dalam mana-mana subjek

Permohonan kemasukan ke Politeknik boleh dibuat melalui UPUOnline.

4) Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS)

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

Terdapat 14 Bidang Pengkhususan yang ditawarkan seperti berikut:

Senarai Institut Latihan Kemahiran Yang Lepasan SPM Boleh Mohon

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di sini: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA & SUKAN

5) Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)

Senarai Institut Latihan Kemahiran Yang Lepasan SPM Boleh Mohon

ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), enam (6) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun‐Malaysia (JMTI).

Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus‐kursus teknikal di peringkat

  • Sijil,
  • Diploma dan
  • Diploma Lanjutan

Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

Syarat Am Kemasukan Program Diploma & Diploma Lanjut adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 hingga 35 tahun
  • Memenuhi syarat khas kursus

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di sini: Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)

6) Program Latihan Kemahiran Pertanian (PLKPK)

Senarai Institut Latihan Kemahiran Yang Lepasan SPM Boleh Mohon

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian.

Program Latihan Kemahiran Pertanian menawarkan Kursus Jangka Pendek dan Kursus Jangka Panjang.

i) Kursus Jangka Panjang

  • Sijil / Diploma Kemahiran Malaysia
  • Sijil Pertanian
  • Sijil Veterinar Malaysia
  • Sijil Perikanan Malaysia

ii) Kursus Jangka Pendek

  • Kursus Teknikal Pertanian (Kumpulan Sasar)
  • Kursus Teknikal Pertanian (Kumpulan Pengembangan)

Yuran pengajian adalah percuma dan pelatih akan menerima elaun sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan. Penginapan serta makan dan minum turut disediakan. Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM330 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, deposit asrama, baju korporat dan pembukaan akaun Agrobank.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di sini: Program Latihan Kemahiran Pertanian (PLKPK)

Bagi yang berminat nak mohon pengajian TVET MARA, anda boleh mohon di sini:

mohon tvet mara

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk panduan lepasan SPM yang ingin menceburi bidang kemahiran. Walau apa pun, pastikan anda buat keputusan sambung bidang pengajian berdasarkan minat diri sendiri.

Selamat maju jaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma