Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM Sesi April/Mei 2021 Kini Dibuka

Perhatian buat pelajar lepasan SPM/STPM dan setaraf. Permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM kemasukan April/Mei kini dibuka.
Permohonan KKTM IKM MJII adalah melalui aplikasi SPUPIM dan boleh dibuat secara online bermula 17 Februari 2021.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh penting kemasukan dan permohonan TVETMARA.
Isi Kandungan
TARIKH PENTING KEMASUKAN
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
- Tarikh Permohonan: 17 Februari hingga 28 Februari 2021
- Ambilan April 2021
- Semakan Keputusan: 2 Mac 2021
Semua Pusat TVETMATA-KKTM, MJII dan IKM
- Tarikh Permohonan: 17 Februari hingga 5 April 2021
- Ambilan Mei 2021
- Semakan Keputusan: 14 hingga 20 April 2021
SENARAI PROGRAM DITAWARKAN
Semak senarai program dan pusat TVETMARA ditawarkan di bawah:
SYARAT KELAYAKAN
Pemohon yang berminat mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Lulus SPM
- Sihat tubuh badan
- Memenuhi syarat kelayakan program
CARA MOHON
Permohonan bagi kemasukan sesi April/Mei 2021 kini dibuka seperti yang ditetapkan. Individu yang berminat untuk memohon mengikuti pengajian di pusat TVETMARA berkenaan boleh buat permohonan secara online di pautan berikut:
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi:
- Unit Urusan Pelajar
Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA
Tingkat 21, bangunan Ibu Pejabat MARA,
Kuala Lumpur - Tel: 03-261 34611/ 34611/34614/ 34605
- WhatsApp: 013 9498063