Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya • Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •Kereta Dihempap Pokok Tumbang? Ini Cara Buat Tuntutan Ganti Rugi Kepada PBT, JKR Atau Lebuhraya •

Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Buat Penerima BSH

Oleh Cikgu Shaari • July 9, 2020 • 2 min baca

Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Buat Penerima BSH
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000. Berikutan dengan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan I iaitu Datuk Abdul Rahman itu, sekiranya berlaku sebarang kematian waris, penerima BSH boleh buat tuntutan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat.

Baca: Maksud Status Permohonan BSH Yang Anda Kena Tahu

Berikut adalah panduan lanjut untuk penerima BSH buat tuntutan Bantuan Khairat Kematian

CARA TUNTUT BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN BSH

Untuk makluman anda, tuntutan Skim Khairat Kematian boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDN berdekatan.

Borang tuntutan yang lengkap diisi perlu dihantar bersama dokumen berikut:

  • Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Kad Pengenalan Asal Waris
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan waris

MYSALAM PENERIMA BSH

Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Buat Penerima BSH

Penerima BSH juga secara automatik mendapat MySalam iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenal pasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal.

Faedah Perlindungan MySalam

  • Faedah perlindungan melalui skim MySalam sebanyak RM8,000 akan dibayar kepada mereka yang didiagnosis oleh hospital dan pusat perubatan bertauliah bagi 45 jenis penyakit kritikal.
  • Mereka juga berhak dilindungi apabila dimasukkan ke hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari sebagai meringankan beban kewangan semasa sakit.

Anda boleh baca lebih lanjut mengenai cara tuntutan faedah MySalam di pautan berikut:

PENERIMA BSH LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN SABAH & SARAWAK

Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Buat Penerima BSH

Penerima BSH di luar bandar dan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak perlu mendapat maklumat mengenai pelbagai lagi faedah sampingan daripada kerajaan Persekutuan yang boleh dimanfaatkan bagi meringankan beban.

Masih ramai penduduk layak di kawasan berkenaan belum menerima bantuan BSH terutama bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank.

Kementerian Kewangan akan melaksanakan beberapa kaedah baharu bagi menyampaikan bantuan tunai kepada penduduk di kawasan terbabit selain program turun padang dilakukan oleh Jabatan Perbendaharaan dan LHDN.

Antara cadangan yang akan dilaksanakan adalah penambahan kiosk mesin juruwang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional serta melantik Pos Malaysia Berhad sebagai ejen BSN sebagai kemudahan penduduk luar bandar.

Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan khairat kematian, anda boleh terus ke Cawangan LHDN terdekat atau hubungi talian BSH LHDNM di 1 800 88 2747 atau emel ke bsh@treasury.gov.my.

Baca juga: Cara Pengiraan BSH Yang Sepatutnya Anda Terima

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.