Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

PAJSK: Cara Login Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

Oleh Cikgu Shaari • July 9, 2020 • 2 min baca

PAJSK: Cara Login Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membangunkan sistem PAJSK sebagai pelengkap kepada sistem pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum atau PAJSK adalah penilaian yang dilakukan di sekolah untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan murid serta penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.

Ibu bapa juga dapat mengetahui prestasi anak-anak dalam aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum di sekolah melalui sistem ini.

OBJEKTIF UTAMA PAJSK

Antara objektif sistem PAJSK adalah:

  • Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah
  • Membangun Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut
  • Membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar ke IPTA
  • Menggalak dan meningkatkan penglibatan menyeluruh dalam kalangan murid

KOMPONEN PAJSK

Antara 3 komponen utama dalam PAJSK adalah seperti berikut.

1) Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

SEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal adalah untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen dalam SEGAK adalah:

  • Daya Tahan Kardiovaskular (Naik Turun Bangku)
  • Fleksibiliti (Jangkauan Melunjur)
  • Daya Tahan Kekuatan Otot (Rengkuk Tubi Separa)
  • Daya Tahan Kekuatan Otot (Tekan Tubi)

Guru akan mengukur tahap kesihatan murid berdasarkan ukuran BMI.

2) Kokurikulum

Pentaksiran sukan dan kokurikulum adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum murid. Antara komponen dalam kokurikulum adalah:

  • Kelab Persatuan
  • Unit Beruniform
  • Sukan/Permainan

Murid akan dinilai dari segi penglibatan, penyertaan dan prestasi dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

3) Ekstra Kurikulum

Ekstra kurikulum merujuk kepada penglibatan secara sukarela sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Murid akan dinilai juga dari segi penglibatan dan aktiviti sukarela dan ianya tidak hanya terhad dalam negara bahkan juga di luar negara.

CARA LOGIN PAJSK

Untuk login ke sistem PAJSK, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web Sistem PAJSK
    PAJSK: Cara Login Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum
  2. Pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah
  3. Masukkan kod ID sekolah dan password
  4. Untuk login kali pertama, masukkan password 123456

Semua markah murid boleh dilihat melalui sistem PAJSK yang telah direkodkan oleh guru. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau ingin membuat aduan mengenai sistem PAJSK, anda boleh buat melalui email di aduan.pajsk@moe.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.