Cara Buka Akaun SSPN Online, Tak Perlu Beratur Di Kaunter Mudah & Cepat

Sudahkan anda membuka akaun simpanan untuk anak-anak? Jika sudah, tahniah! Jika belum, anda tidak perlu tunggu anak-anak masuk sekolah pun untuk membuka akaun simpanan kepada mereka.

Antara salah satu pilih yang baik untuk membuat simpanan untuk anak-anak adalah di SSPN, iaitu salah satu instrumen simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

Baca juga: 5 Tempat terbaik Untuk Membuat Simpanan Wang

Tidak salah untuk anda membuka akaun SSPN untuk anak sejak dari kecil. Baca selanjutnya untuk ketahui kelebihan membuka akaun SSPN untuk anak dan cara buka akaun SSPN secara online.

KELEBIHAN AKAUN SSPN UNTUK ANAK

SSPN menawarkan 2 jenis akaun simpanan iaitu SSPN-I dan SSPN-I Plus. Untuk ketahui kelebihan kedua-dua akaun tersebut, baca perkongsian bawah.

SSPN-i

SSPN-i merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud mewakilkan untuk tujuan pelaburan.

Antara kelebihan SSPN-i adalah:

  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat;
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  • Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat;
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan;
  • Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

SSPN-i Plus

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

SSPN-i-Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Antara keistimewaan membuka akaun SSPN-i Plus adalah:

  • Patuh syariah.
  • Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun.
  • Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  • Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
  • Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
  • Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN.
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  • Simpanan dijamin kerajaan.

PERBEZAAN ANTARA SSPN-I DENGAN SSPN-I PLUS

Cara Buka Akaun SSPN Online, Tak Perlu Beratur Di Kaunter Mudah & Cepat

CARA BUKA AKAUN SSPN SECARA ONLINE

Untuk membuka akaun SSPN secara online, ikut langkah-langkah berikut:

Langkah 1

Layari laman Pembukaan Akaun SSPN. Pilih sama ada anda ingin memilih akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus.

Cara Buka Akaun SSPN Online, Tak Perlu Beratur Di Kaunter Mudah & Cepat

Langkah 2

Isi maklumat seperti yang diminta dalam borang yang disediakan.

Cara Buka Akaun SSPN Online, Tak Perlu Beratur Di Kaunter Mudah & Cepat

Langkah 3

Selepas lengkapkan borang, fahami terma dan syarat yang ditetapkan. Selepas baca, klik ‘Setuju’.

Cara Buka Akaun SSPN Online, Tak Perlu Beratur Di Kaunter Mudah & Cepat

Langkah 4

Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut untuk pengaktifan akaun. Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan.

Langkah 5

Siap! Akaun anak anda telah dibuka. Ibu bapa sudah boleh mula buat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online pada bila-bila masa sahaja.

Cara Buka Akaun SSPN Online, Tak Perlu Beratur Di Kaunter Mudah & Cepat

Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan akaun SSPN, anda boleh layari laman Love SSPN. Anda juga boleh dapatkan info terkini melalui Facebook rasmi SSPN. 

Baca juga: Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Anak-Anak Boleh Melabur Seawal Usia 3 Tahun

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuka akaun simpanan untuk anak-anak. Tidak rugi pun jika anda ajar anak menyimpan sejak kecil. Dengan adanya pendaftaran secara online, segala urusan pasti akan lebih mudah!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma