Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Anak-anak Boleh Melabur Seawal Umur 3 Tahun

Oleh Cikgu Shaari • May 27, 2020 • 3 min baca

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Anak-anak Boleh Melabur Seawal Umur 3 Tahun
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Amanah Hartanah Bumiputera(AHB) adalah unit amanah patuh syariah pertama di Malaysia yang diuruskan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dengan had maksimum pelaburan skim kini berjumlah sehingga RM500,000 dan minimum RM100 sahaja.

Ramai yang tidak tahu menggunakan AHB sebagai satu tempat untuk melabur. Dividen AHB boleh dikatakan agak tinggi dan lebih kurang kadar dividen ASB.

Baca juga: Panduan Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen

Dana AHB adalah terbuka kepada semua Bumiputera yang berumur seawal 3 tahun. Pelabur berumur di bawah 18 tahun layak membuka akaun AHB yang dinamakan Akaun Remaja di bawah jagaan ibu bapa.

Berikut adalah perkongsian kelebihan melabur dengan AHB dan cara membuka akaun AHB.

KELEBIHAN MELABUR DI AHB

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Anak-anak Boleh Melabur Seawal Umur 3 Tahun

Antara kelebihan apabila anda melabur di AHB adalah:

  • Pelaburan ini disokong oleh hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia.
  •  AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah.
  • Dana diuruskan oleh pengurus dana profesional dan berpengalaman.
  • Mampu kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan kecil.
  • Hak dan kepentingan anda dipantau dengan teliti oleh Pemegang Amanah untuk Dana.
  • Pelaburan jangka panjang dengan pulangan berpotensi kompetitif.
  • Rangkaian cawangan Maybank dan AmBank yang meluas di Malaysia

CARA BUKA AKAUN AHB

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Anak-anak Boleh Melabur Seawal Umur 3 Tahun

Ikuti langkah berikut untuk membuka akan AHB:

  1. Sebelum buka akaun AHB, pelabur mestilah mempunyai akaun simpanan Maybank atau AMBank.
  2. Cari lokasi ejen AHB iaitu cawangan Maybank atau AMBank yang terdekat.
  3. Anda perlu hadir ke kaunter pertanyaan untuk maklumkan pembukaan akaun Amanah Hartanah Bumiputera.
  4. Anda akan diminta berjumpa dengan Eksekutif Kewangan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AHB.
  5.  Anda diberikan pilihan sama ada buka akaun AHB untuk remaja atau dewasa mengikut umur pelabur sendiri.
  6. Serahkan borang yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan. Anda juga perlu masukkan modal permulaan pelaburan dalam bentuk tunai atau cek di kaunter bank.
  7. Selepas permohonan selesai diproses, anda akan diberikan salinan borang pendaftaran yang disahkan sebagai bukti pelaburan.
  8. Selesai proses buka akaun AHB.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuka akaun AHB dan mulakan pelaburan anda secepat mungkin. Ingat, pastikan kita mempunyai wang simpanan untuk masa depan dengan membuat pelaburan awal. Jangan sesal di kemudian hari!

[sc_fs_multi_faq headline-0=”h2″ question-0=”Apakah bentuk sokongan pelaburan AHB ini?” answer-0=”Pelaburan ini disokong oleh hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia.” image-0=”” headline-1=”h2″ question-1=”Adakah pelaburan AHB patuh Syariah?” answer-1=”AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah. ” image-1=”” headline-2=”h2″ question-2=”Siapa yang menguruskan pelaburan dana AHB?” answer-2=”Dana diuruskan oleh pengurus dana profesional dan berpengalaman. ” image-2=”” headline-3=”h2″ question-3=”Adakah sesiapa sahaja mampu melabur?” answer-3=”Mampu kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan kecil. ” image-3=”” count=”4″ html=”true” css_class=””]

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.