Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Permohonan Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Rapid KL Malaysia

Oleh Cikgu Shaari • June 9, 2020 • 2 min baca

Permohonan Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Rapid KL Malaysia
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program My30 Rapid KL Malaysia telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada Ahad lepas dalam pelan PENJANA. Program ini akan memberi manfaat pas perjalanan tanpa had dengan harga RM30 sebulan kepada pengguna.

Melalui program ini, kos perbelanjaan harian rakyat yang menggunakan pengangkutan awam terutamanya ke tempat kerja dapat dikurangkan.

Baca juga: Cara Daftar eWallet Tebus RM50 Penjana

Untuk ketahui cara untuk membuat permohonan My30, ikuti perkongsian di bawah.

PROGRAM MY30

Untuk makluman anda, Program My30 ini hanya sah digunakan untuk pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Lembah Klang sahaja. Pengangkutan ini termasuk perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), bas Rapid KL dan KL Monorel.

Program My30 akan berkuatkuasa selama enam bulan iaitu bermula 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020. Ini bermaksud, bayaran RM30 sebulan tanpa had ini boleh digunakan selama 6 bulan sahaja iaitu sehingga hujung tahun ini.

Semua warganegara Malaysia boleh membuat permohonan Program My30 ini. Ianya tidak sah untuk bukan warganegara Malaysia.

KELAYAKAN MY30 RAPID KL

Syarat kelayakan bagi program My30 ini masih belum dikeluarkan oleh pihak MyRapid. Namun apa yang pasti adalah pemohon yang layak untuk membuat permohonan adalah warganegara Malaysia dan pemegang MyKad.

Sebarang maklumat mengenai kelayakan yang dikeluarkan akan dikemaskini secepat mungkin.

PERMOHONAN MY30 RAPID KL

Setakat ini masih belum ada lagi pengumuman dari Prasarana mengenai permohonan My30 Rapid KL ini. Insentif ini baru sahaja diumumkan dalam pelan PENJANA pada 2 hari lepas, jadi mungkin permohonan akan dibuka secepat mungkin.

Segala maklumat mengenai pendaftaran dan permohonan akan dikemaskini di sini sebaik sahaja makluman diterima.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat permohonan bagi program My30 yang akan dikeluarkan nanti. Harap anda bersabar dan sentiasa menanti kemaskini yang akan dilakukan nanti.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.