Cara Cek Scammer Secara Online

Penipuan yang berlaku pada dunia hari ini sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan kita. Tidak kira secara atas talian, panggilan telefon atau secara bersekemuka scammer tidak pernah berhenti mencari peluang untuk menipu orang.

Jadi kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam menilai sama ada sesuatu yang kita buat itu satu penipuan atau perkara yang benar. Sebenarnya tidak susah untuk tahu sama ada seseorang itu scammer atau bukan.

Baca juga: Sindiket Minta Nombor TAC Bank, Ini 5 Helah Scammer Akan Guna.

Berikut dikongsikan beberapa cara untuk anda cek scammer dengan mudah secara online dan aplikasi telefon.

CARA CEK NOMBOR AKAUN SCAMMER, GUNA PORTAL SSO PDRM

Anda boleh cek sama ada nombor akaun yang diterima adalah nombor akaun scammer atau bukan dengan portal Sistem Semakan Online(SSO) PDRM.

Cara Cek Scammer Secara Online

Ikut langkah di bawah untuk buat semakan penipuan yang ada dalam pangkalan data PDRM:

  1. Pergi ke portal Sistem Semakan Online PDRM 
  2. Pilih bahasa yang ditawarkan
  3. Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  4. Untuk semak No Akaun Bank, masukkan nombor akaun bank yang anda ingin buat semakan penipuan online
  5. Pastikan pilih Kategori Akaun Bank
  6. Masukkan Captcha seperti gambar di sebelah kiri
  7. Pastikan masukkan Captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  8. Klik Semak Maklumat
  9. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  10. Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
    Tiada Report Diperolehi

Nota:
Walau tiada report diperolehi, ini tidak bermaksud selamat. Sila berwaspada.

CARA CEK NOMBOR TELEFON SCAMMER, GUNA PORTAL CCID

Untuk menyemak sama ada nombor telefon yang diterima itu scammer atau bukan, anda boleh gunakan portal CCID PDRM.

Cara Cek Scammer Secara Online

Ikut langkah di bawah untuk buat semakan penipuan yang ada dalam database PDRM:

  1. Pergi ke portal CCID Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM 
  2. Pilih bahasa yang ditawarkan
  3. Untuk memudahkan urusan, boleh pilih Bahasa Melayu
  4. Untuk semak Nombor Telefon, masukkan nombor akaun telefon yang anda ingin buat semakan penipuan online
  5. Pastikan pilih Kategori Nombor Telefon
  6. Masukkan Captcha seperti gambar di sebelah kiri
  7. Pastikan masukkan Captcha terkini kerana nombor dan abjad akan berubah-ubah
  8. Klik Semak Maklumat
  9. Maklumat berkaitan dengan scammer akan dipaparkan
  10. Jika tiada, maklumat berikut akan dipaparkan:
    Tiada Report Diperolehi

Nota:
Walau tiada report diperolehi, ini tidak bermaksud selamat, sila berwaspada

Baca juga: Cara Mudah Semak Scammer Online Melalui Bank Data Scammer JKJK PDRM

CARA CEK SCAMMER GUNA APLIKASI TRUECALLER

Cara Cek Scammer Secara Online

Sangat mudah untuk anda sentiasa cek scammer dengan aplikasi Truecaller ini. Anda hanya perlu install, download dan kemaskini database scammer dan spammer yang ada.

Apabila ada scammer atau spammer yang buat panggilan, status pemanggil itu akan tertera. Namun aplikasi ini hanya memaparkan informasi berkaitan nombor telefon scammer sahaja. Nombor akaun bank scammer tidak dapat disemak melalui aplikasi ini.

Download aplikasi Truecaller di pautan berikut:

Android – Truecaller

ios – truecaller

CARA CEK SCAMMER GUNA APLIKASI WHOSCALL

Cara Cek Scammer Secara Online

Kegunaan aplikasi ini lebih kurang sama dengan Truecaller dan ianya juga mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu install di telefon bimbit dan kemaskini database scammer dan spammer yang ada.

Apabila ada scammer atau spammer yang buat panggilan kepada anda, status pemanggil itu akan tertera. Sama seperti Truecaller, kekurangan Whoscall ialah ia hanya memaparkan informasi berkaitan nombor telefon sahaja, tidak nombor akaun bank.

Download aplikasi Whoscall melalui pautan ini:

Android – Whoscall

ios- Whoscall

Penipuan  secara online, panggilan telefon atau sekemuka boleh berlaku tidak kira kepada sesiapa. Scammer ini akan sentiasa mencari mangsa kerana itulah ‘sumber’ pendapatannya. Tambahan lagi dengan zaman yang serba canggih ini, ramai yang bijak menggunakan teknologi hingga gunakannya ke arah yang salah.

Baca juga: Awas Pengguna IPhone! Jangan klik Notification Calender Begini Jika Tak Nak Wang Dalam Akaun Bank Hilang

Semoga perkongsian cara-cara cek scammer ini dapat menghalang anda dari ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ingat, sentiasa waspada!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma