Sindiket Minta Nombor TAC Bank, Ini 5 Helah Scammer Akan Guna. Jangan Mudah Kena “Game”

Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga ramai lagi yang tidak tahu wujudnya sindiket nombor Kod Pengesahan Transaksi TAC bank ini.

Alasan untuk mengemaskini atau membetulkan butiran akaun bank antara helah digunakan sindiket penipuan untuk memperdaya mangsa menyerahkan maklumat perbankan internet dan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) sebelum wang dalam akaun bank mereka disapu licin.

Ketahui bagaimana sindiket ini berlaku dan cara scammer memperdaya manusia untuk berikan nombor TAC kepadanya serta langkah berjaga-jaga yang perlu anda ketahui.

APA ITU TAC?

TAC (kod pengesahan transaksi) adalah kod keselamatan untuk membuat transaksi perbankan atau talian bagi melindungi akaun bank anda daripada diakses pihak ketiga. Kod akan dihantar ke nombor telefon pemilik akaun yang didaftarkan.

Jadi, sangat tidak logik kalau seseorang meminta nombor TAC daripada anda. Sebarang TAC yang sampai ke nombor telefon anda hanyalah milik anda, jangan pernah sesekali kongsikan kepada orang lain. Fikirlah sebelum terkena!

BAGAIMANA SCAMMER BUAT HELAH?

Ketahui bagaimana sindiket ini selalu berlaku dan cara scammer memperdaya orang untuk berikan nombor TAC yang sampai ke pemilik akaun.

1 Mangsa Akan Terima TAC Melalui SMS

Mangsa akan dapat nombor ‘Type Allocation Code’ (TAC) yang dihantar menerusi SMS sedangkan pemilik tidak buat apa-apa transaksi dalam masa terdekat itu.

2 Scammer Akan Hubungi Mangsa

Mangsa kemudian akan menerima panggilan daripada scammer (suspek) sama ada menerusi SMS, mesej WhatsApp atau panggilan telefon dan beritahu mangsa kononnya tersilap daftar nombor telefon untuk akaun banknya.

3 Scammer Akan Minta No. TAC

Suspek kemudiannya akan minta no. TAC yang diterima mangsa dengan alasan untuk betulkan kembali butiran akaun banknya dan pelbagainya. Ada juga yang menyamar sebagai pegawai bank, polis, dan pegawai dari pelbagai agensi akan menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan panggilan telefon dengan memaklumkan akaun bank milik mangsa ada masalah yang perlu dikemas kini.

4 Scammer Akan Guna Pelbagai Alasan

Sindiket akan guna macam-macam alasan untuk nampak keadaan mereka terdesak selain guna nombor telefon bimbit berlainan setiap kali hubungi mangsa. Antara alasan popular yang diberi adalah untuk membetulkan nombor telefon yang salah daftar.

5 Nak Batalkan Pinjaman Bank Atuk dan Nenek

Alasan ini nampak kelakar bukan, namun ada juga yang terpedaya. Scammer dengan mudah hubungi anda bagi mendapatkan TAC number untuk membatalkan pinjaman bank datuk atau nenek atau perlu keluarkan duit untuk bayar bil hospital datuk dan nenek.

Sindiket Nombor TAC Bank, Ini Cara Scammer Buat Helah, Jangan Mudah Tertipu

LANGKAH BERJAGA-JAGA

Untuk langkah berjaga-jaga, sentiasa ingat 3 perkara ini:

  • Jangan pernah sesekali dedahkan nombor TAC kepada sesiapa dalam apa jua keadaan.
  • Tukar kata laluan perbankan online anda segera jika terima nombor TAC tanpa anda membuat urusan atau terima panggilan scammer.
  • Segera hubungi pihak bank jika wang anda berkurangan.

Sindiket Nombor TAC Bank, Ini Cara Scammer Buat Helah, Jangan Mudah Tertipu

Sebenarnya sudah banyak kes sindiket ini berlaku di negara kita akibat mangsa tidak sedar bahawa betapa pentingnya untuk tidak senang-senang dedahkan nombor TAC kepada orang lain. Pelbagai helah bijak akan dibuat oleh scammer demi untuk mendapatkan wang.

Walaupun kes-kes penipuan melibatkan scammer ini sering dilaporkan, namun masalah ini seolah tiada kesudahan apabila masih ramai yang menjadi mangsa penipuan ini yang menggunakan pelbagai modus operandi,

Jangan sesekali menyerahkan maklumat bank, butiran perbankan internet dan nombor TAC kepada pihak yang tidak dikenali atas apa alasan sekalipun. Sebaik-baiknya sentiasa tukar kata laluan perbankan dalam talian dengan segera jika pernah berkongsi apa apa maklumat dengan individu lain.

Kongsikan perkara ini kepada rakan-rakan, keluarga dan orang ramai supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa sindiket ini. Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma