Cara Mohon Jawatan Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Guna Sijil SPM
Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan yang ditetapkan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Akauntan W19 yang ditawarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
SPA amat menggalakkan calon yang berkelayakan dan memiliki minima SPM untuk mohon jawatan yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat sehingga 18 Disember 2022 melalui sistem SPA9.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap membuat permohonan jawatan Pembantu Akauntan W19.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Jabatan Akauntan Negara Malaysia
- Jawatan: Pembantu Akauntan W19
- Penempatan: Sarawak
- Kekosongan: 15 Kekosongan & 200 Simpanan
- Tarikh tutup permohonan: 18 Disember 2022
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00)
atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40)
atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40)
atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
DESKRIPSI TUGAS
Tugas seorang Pembantu Akauntan W19 adalah:
Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.
CARA MOHON
Orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon jawatan ditawarkan boleh buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian SPM/ SKM/ Setaraf Pilih jawatan Pembantu Akauntan di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Selamat memohon!