Cara Mohon Jawatan Kosong Di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)

Lepasan graduan yang berminat nak bekerja dalam Perkhidmatan Awam boleh mohon jawatan kosong yang ditawarkan di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan jawatan kosong sebagai Jurutera kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas yang berminat.

Permohonan mestilah dibuat melalui laman permohonan SPA9 dalam tempoh permohonan dibuka. Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan melepasi tapisan dan dipanggil untuk ujian seterusnya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)
  • Nama Jawatan: Jurutera Gred J41
  • Kekosongan: 4 kekosongan & 12 simpanan
  • Tarikh tutup: 30 November 2022

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan mestilah memenuhi syarat berikut:

  • warganegara Malaysia
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
    (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00).

CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 3

Pilih jawatan BERKAITAN di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

Cara Mohon Kerja Pegawai Siasatan Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

Selamat memohon!

IKLAN JAWATAN

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma