Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Calon SPM, Ini Perancangan Mohon Program Pengajian Di UPU Yang Anda Kena Fikir Dari Sekarang

Oleh Cikgu Shaari • November 30, 2022 • 2 min baca

Calon SPM, Ini Perancangan Mohon Program Pengajian Di UPU Yang Anda Kena Fikir Dari Sekarang
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jangan tunggu selepas SPM atau selepas memperolehi keputusan SPM untuk mula nak rancang 12 program apa yang akan dipohon melalui UPU nanti – sebalik dan sebaiknya mulakannya dari sekarang.

Pemohon boleh pecahkan bidang cita-cita kerjaya kepada 2, 3 atau 4 pilihan bidang pengajian dengan setiap satu bidang dipecahkan kepada beberapa program pengajian yang berkaitan untuk melengkapkan 12 pilihan permohonan melalui UPU kelak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui perancangan yang perlu dilakukan oleh calon SPM untuk mohon program pengajian di UPU.

KENAPA MESTI ADA 12 PILIHAN PROGRAM

Walaupun pemohon boleh memilih minima 6 program pengajian, namun jika hanya memohon 6 program bermakna pemohon hanya ada 6 peluang untuk mendapat temapat berbanding jika memohon 12 program=12 peluang.

Dengan menyenaraikan 12 program ini juga pelajar calon SPM dah boleh semak apakah syarat kelayakan yang mesti dipenuhi dan markah merit yang mesti dicapai berdasarkan purata merit pemohon yang berjaya sebelum ini. Ini adalah penting untuk:

  • memudahkan pelajar untuk fokus berusaha dari sekarang
  • untuk mencapai keputusan dan merit yang diperlukan (dan bukan belajar tanpa sebarang matlamat yang jelas untuk dicapai).

Jangan jadi seperti pernah ada pemohon yang setelah ditawarkan ke program pilihan ke 10 (contohnya) ingin menolak tawaran tersebut dan ingin mengemukakan rayuan. Ini tidak dibenarkan kerana rayuan hanya untuk pemohon yang gagal mendapat sebarang tawaran sahaja. Alasannya untuk menolak tawaran tersebut adalah kerana dia hanya ingin dapat program di pilihan 1, 2, 3 atau 4 sahaja yang diisinya, yang lain dia hentam sahaja mengisinya semasa memohon.

Tetapi jika pelajar merancang betul-betul 12 pilihan yang ingin dipohon, jika ditawarkan ke pilihan yang ke 11 atau 12 sekalipun pelajar pasti tidak rasa kecewa kerana ianya juga adalah antara program pilihan pelajar sendiri.

CONTOH PILIHAN BIDANG

Berikut adalah contoh pilihan bidang yang anda boleh jadikan panduan:

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.