Pelaksanaan Subsidi Bersasar Untuk Bantu Golongan Miskin
Usaha Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menangani kos sara hidup yang tinggi sepatutnya termasuk pelaksanaan skim Pendapatan Asas Sejagat (UBI) dan bukannya bantuan kewangan sekali beri (one-off) sahaja.
Ahli ekonomi lain berpendapat bahawa kerajaan perpaduan diterajui Anwar harus terus menyokong rakyat dengan memberikan subsidi tetapi dengan cara yang lebih bersasar dan berkesan.
Ikuti perkonsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksaan subsidi secara bersasar.
Isi Kandungan
PELAKSAAN SUBSIDI SECARA BERSASAR
Untuk membantu rakyat miskin di negara, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan akan melaksanakan subsidi bersasar dengan kerjasama kementerian yang terlibat serta sektor swasta.
Pemberian subsidi kepada rakyat harus dilaksanakan secara bersasar demi:
- Meringankan beban rakyat miskin
- Memastikan hanya golongan benar-benar memerlukan dapat menikmatinya
- Golongan kaya/ industri tidak seharusnya mengambil manfaat
Sehubungan itu, Anwar memberi tempoh dua minggu untuk pihak berkaitan meneliti dan memperincikan pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat.
“Saya memberi tempoh dua minggu untuk mencerakin serta menelusuri seluruh implikasi, dan berbincang dengan sektor swasta serta pelabur supaya mereka faham subsidi tujuannya ialah meringankan beban rakyat miskin,” katanya.
KEMUDAHAN GOLONGAN KAYA & INDUSTRI BESAR
Perdana Menteri menjelaskan, golongan kaya dan industri besar tidak seharusnya mengambil manfaat daripada subsidi yang dikhaskan bagi membantu rakyat terkesan.
Bagaimanapun untuk golongan kaya dan industri besar terbabit, beliau berkata, pelbagai kemudahan serta insentif akan diperbaiki supaya mereka juga tidak terbeban.
Ini turut membabitkan soal tarif elektrik. Dari segi angka dibentangkan itu, manfaat diberikan kepada golongan miskin hampir sama dengan manfaat diterima golongan kaya sekitar RM2.5 bilion.