RM400 Sebulan Dah Lulus! Bantuan Petani 2026 Ramai Belum Mohon •Resume Tulis Tangan: Masih Relevan? Ini Realiti Majikan & Cara Betul Buat Resume 2026 •Majikan Wajib Tahu: Letak Gaji Dalam Iklan Jawatan Kini Keperluan, Bukan Pilihan •“Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) • RM400 Sebulan Dah Lulus! Bantuan Petani 2026 Ramai Belum Mohon •Resume Tulis Tangan: Masih Relevan? Ini Realiti Majikan & Cara Betul Buat Resume 2026 •Majikan Wajib Tahu: Letak Gaji Dalam Iklan Jawatan Kini Keperluan, Bukan Pilihan •“Kenapa Anda Suka Lompat Kerja?” Ini Cara Jawab Dalam Temuduga Supaya Nampak Profesional •Resume Tanpa Gambar & Objektif: Masih Relevan? Ini Format Moden Yang Majikan Mahu (2026) •

SPA Kongsi Tips Sebelum Dan Semasa Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan 

Oleh Cikgu Shaari • November 28, 2022 • 2 min baca

SPA Kongsi Tips Sebelum Dan Semasa Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan 
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bila dah terima panggilan atau tawaran menghadiri temuduga, mulalah macam-macam yang calon fikir. Bukan sahaja dari segi persediaan untuk menghadap penemuduga, tetapi pemakaian yang sesuai untuk temuduga nanti. Penting tau untuk calon fikir apa yang perlu dipakai untuk temuduga!

Baca: Panel Temuduga SPA Ini Kongsi Tips Pemakaian Calon Semasa Temuduga

Bagi yang pertama kali nak hadir temuduga kerja SPA, pasti anda belum tahu situasi sebenar masa temuduga SPA kan? Jangan risau, SPA kini kongsikan tips penting sebelum dan semasa menghadiri temuduga SPA yang setiap calon perlu ambil perhatian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan tips menghadiri temuduga SPA seperti yang dikongsikan oleh SPA.

TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA SPA

Berikut adalah tips menghadiri temuduga yang dikongsikan oleh Suruhnajaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA):

Sebelum Temuduga

  • Pastikan semua dokumen yang diperlukan LENGKAP & DISUSUN
  • Pastikan etika pakaian DIPATUHI
  • Membaca dengan TELITI surat panggilan temuduga
  • Sarapan pagi sebelum hadir ke Pusat Temu Duga
  • Menyemak Status Risiko (Covid-19) di MySejahtera

Semasa Temuduga

  • Hadir 10 – 15 minit lebih awal ke Pusat Temu Duga sebelum masa yang ditetapkan
  • Memakai pelitup separuh muka dan pelindung muka
  • Mendaftar di kaunter pendaftaran
  • Duduk dengan tenang dan tunggu sehingga giliran dipanggil
  • Maklumkan kepada Pentadbir sekiranya anda:
    i) Mempunyai masalah kesihatan/ menjalani rawatan/ pembedahan
    ii) Mengandung
    iii) Berasa gelisah yang keterlaluan

Baca juga: Ditanya Soalan Berkaitan Politik Ketika Temuduga, Ini Cara Jawab Serta Contoh Soalan

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh calon semasa menghadiri temuduga SPA nanti. Pastikan anda ikut tips-tips yang dikongsikan ini supaya temuduga berjalan lancar nanti.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.