Prosedur Operasi Standard (SOP) 3.0 Terkini Temuduga Kerja Kerajaan Yang Ditetapkan Oleh SPA
Perhatian buat semua calon yang telah mohon kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman SPA9 terutama yang telah mendapat panggilan temuduga! SPA kini telah tetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) 3.0 terbaru bagi urusan temuduga SPA di lokasi pusat temuduga seperti dijadualkan.
Setiap calon perlu ambil perhatian SOP yang ditetapkan bagi memastikan urusan temuduga pada hari temuduga berjalan lancar dan tahu apa tindakan yang perlu dilakukan mengikut situasi calon.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak SOP 3.0 terkini temuduga kerja kerajaan yang ditetapkan oleh SPA.
Isi Kandungan
TANGGUNGJAWAB CALON
Semasa di pusat temuduga, calon bertanggungjawab untuk berperanan seperti berikut:
- Menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi Covid-19 kepada urus setia bagi membuktikan telah menerima vaksinasi lengkap 2 dos
- Memasuki pusat temuduga 30 minit sebelum masa temuduga.
- Membawa dan memakai pelitup separuh muka/ pelindung muka sepanjang masa
- Amalkan penjarakan sosial 1.5 meter setiap masa
- Menjaga kebersihan dan menggunakan cecair sanitasi tangan
- Bagi calon Orang Kelainan Upaya (OKU), urusan pergerakan calon akan dibantu oleh urus setia sehingga selesai sesi temuduga
TINDAKAN MENGIKUT SITUASI
Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan mengikut situasi semasa calon:
- Belum berstatus vaksinasi lengkap
Sila kemukakan tangkap layar (screenshot) status vaksinasi melalui emel kepada urus setia beserta maklumat lengkap - Menjalani Kuarantin
Dilarang hadir ke pusat temuduga beserta maklumat lengkap kepada urus setia sebelum tarikh temuduga untuk penjadualan semula - Tidak sihat pada hari temuduga
Dinasihatkan agar tidak hadir dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. Sila emelkan SALINAN SIJIL SAKIT beserta maklumat lengkap untuk penjadualan semula - Membawa pengiring/ Ahli keluarga
Pengiring/ Ahli keluarga calon tidak dibenarkan masuk ke premis SPA/ Pusat temuduga
Rujuk: Contoh Email Penjadualan Semula Temuduga Sekiranya Anda Ada Urusan Pada Tarikh Ditetapkan
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat calon yang bakal hadapi temuduga SPA buat persediaan sepatutnya sebelum hari temuduga.