Kerjaya

Calon Lelaki, Ini Cara Yang Betul Padankan Tali Leher Dengan Kemeja Untuk Temuduga

September 26, 2022Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Calon Lelaki, Ini Cara Yang Betul Padankan Tali Leher Dengan Kemeja Untuk Temuduga

Nak pakai tali leher untuk hadir temuduga, tetapi anda pasti ke warna dan corak yang dipadankan sesuai dengan kemeja yang dipakai? Mungkin nampak elok di mata anda, tetapi siapa tahu mungkin nampak tidak menyenangkan di mata penemuduga?

Untuk hadir temuduga kerja, apa yang perlu kita jaga adalah perspeksi penemuduga terhadap kita. Jadi setiap calon mestilah jaga penampilan semasa hadir temuduga.

Ikuti perkongsian di bawah untuk tahu cara yang betul padankan tali leher dengan kemeja.

CARA YANG BETUL PADANKAN TALI LEHER DENGAN KEMEJA

Berikut adalah 3 cara yang betul untuk memadankan tali leher dengan kemeja untuk hadir temuduga kerja:

Bercorak + Bercorak

Sekiranya anda mengenakan kemeja berjalur atau kotak-kotak, padankan dengan:

  • Tali leher jenis kosong, polka dot dan warna yang bertona

Calon Lelaki, Ini Cara Yang Betul Padankan Tali Leher Dengan Kemeja Untuk Temuduga

Polos + Bercorak

Sekiranya anda mengenakan kemeja yang kosong atau plain, padankan dengan:

  • Tali leher yang berjalur atau berkotak

Calon Lelaki, Ini Cara Yang Betul Padankan Tali Leher Dengan Kemeja Untuk Temuduga

Polos + Polos

Sekiranya anda mengenakan kemeja yang kosong berwarna cerah, padankan dengan:

  • Tali leher berwarna gelap.

Calon Lelaki, Ini Cara Yang Betul Padankan Tali Leher Dengan Kemeja Untuk Temuduga

Semoga bermanfaat!

Topik artikel ini
Kerjaya
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda