Contoh Email Penjadualan Semula Temuduga Sekiranya Anda Ada Urusan Pada Tarikh Ditetapkan

Sudah dapat panggilan temuduga untuk kerja idaman, tiba-tiba tarikh yang ditetapkan anda tak ‘available’ atau ada urusan yang lebih penting. Apa yang perlu anda lakukan? Jangan lepaskan peluang yang dipanggil-panggil, sebaiknya anda hantar email penjadualan semua temuduga. Namun untuk penjadualan temuduga, bukan boleh main letak tarikh je, ada adabnya juga ya!

Bagi yang tak tahu macam mana nak hantar email untuk penjadualan semula temuduga, anda boleh ikuti perkongsian di bawah dan gunakan contoh email yang dikongsikan sebagai rujukan.

BILA BOLEH BUAT PENJADUALAN SEMUA TEMUDUGA?

Penting untuk perhatian calon! Jangan suka hati main tukar-tukar tarikh temuduga. Kalau boleh biar pihak syarikat yang tetapkan tarikh baru temuduga yang akan datang. Calon juga tidak digalakkan untuk buat penjadualan temuduga sekiranya tiada perkara yang betul-betul penting.

Antara sebab-sebab yang muhasabah yang boleh calon gunakan untuk buat penjadualan semua temuduga adalah:

  • Kematian keluarga terdekat
  • Terlibat kemalangan dan tidak berupaya datang ke temuduga
  • Berada di luar kawasan pada tarikh temuduga
  • Mempunyai urusan lain yang lebih penting

TATACARA EMAIL

Dalam menulis email penjadualan semua temuduga pun ada caranya. Jangan main hentam sahaja jika anda betul-betul mahukan kerja itu. Apa yang perlu anda masukkan dalam email tersebut adalah:

  • Permintaan maaf kerana tidak ‘available’ pada tarikh yang ditetapkan & pada jawatan yang ditawarkan
  • Memohon pertimbangan untuk penjadualan semula
  • Alasan permohonan penjadualan semula
  • Penghargaan atas pertimbangan untuk penjadualan semula temuduga
  • Ucapan terima kasih

CONTOH EMAIL PENJADUALAN SEMULA TEMUDUGA

Berikut adalah beberapa contoh email penjadualan semula temuduga yang boleh anda gunakan sebagai rujukan:

Contoh 1

Contoh Email Penjadualan Semula Temuduga Sekiranya Anda Ada Urusan Pada Tarikh Ditetapkan

Contoh 2

Contoh Email Penjadualan Semula Temuduga Sekiranya Anda Ada Urusan Pada Tarikh Ditetapkan

Contoh 3

Contoh Email Penjadualan Semula Temuduga Sekiranya Anda Ada Urusan Pada Tarikh Ditetapkan

Contoh 4

Contoh Email Penjadualan Semula Temuduga Sekiranya Anda Ada Urusan Pada Tarikh Ditetapkan

Walau apa pun pembalasan yang akan anda terima selepas hantar email tersebut, anda harus terima. Untuk tarikh seterusnya yang telah ditetapkan, jangan pula anda cakap ‘tak available’ juga! Ini akan menimbulkan perasaan yang tidak senang pada pihak syarikat. Anda sebagai bakal pekerja yang perlu berusaha lapangkan hari temuduga berlangsung.

Untuk peringatan semua, email ini hanya available untuk temuduga dalam pekerjaan sektor swasta sahaja. Jangan pula anda hantar email sebegini kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk penjadualan semula temuduga kerana temuduga JPA memang tidak dapat berubah.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma