Dasar “One Step Lower” Dalam Permohonan Jawatan SPA Yang Setiap Calon Kena Tahu
Pasti ramai calon yang mohon jawatan kerja kerajaan melalui laman SPA9 dah tahu bahawa tempoh sah laku pendaftaran calon adalah 1 tahun dan permohonan jawatan melalui SPA9 boleh dibuat terdah kepada 15 jawatan sahaja. Namun tak ramai yang tahun berkenaan dasar One Step Lower yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Apa itu dasar One Step Lower? Bagi yang tidak tahu, pastikan anda ambil tahu supaya tidak keliru dan hairan kepada anda tidak dapat mohon jawatan dengan kelayakan yang lebih rendah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan dasar One Step Lower yang ditetapkan oleh SPA yang setiap calon kena tahu.
Baca juga: “Ada Ijazah, Kenapa Mohon Jawatan Gred 29?” Ini Contoh Jawapan Lengkap Yang Anda Boleh Tiru
KETETAPAN DASAR ONE STEP LOWER
Apa yang dimaksudkan dengan dasar one step lower yang ditetapkan oleh SPA?
- Dasar One Step Lower ditetapkan di mana setiap calon boleh mohon jawatan yang memerlukan kelayakan rendah satu tingkat dari kelayakan yang calon ada.
Contohnya, permohonan jawatan di SPA adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
- Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah Sahaja
- Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM
- Calon yang memiliki Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/ STPM/ STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan
Apa gred jawatan yang boleh dimohon dengan kelayakan yang anda ada?
Rujuk: Jenis Gred Jawatan Kerja Kerajaan Yang Boleh Dimohon Ikut Kelayakan Anda
Baca juga: Bolehkah Lepasan Ijazah Mohon Jawatan Dengan Kelayakan SPM Dalam SPA9? Ini Jawapannya
Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada semua calon yang sedang membuat permohonan jawatan di SPA.