Senarai Pusat Pengajian Latihan Kemahiran Ditawarkan Buat Lepasan SPM

Anda lepasan SPM yang berminat nak sambung pengajian dalam bidang kemahiran? Bagi yang tak tahu, sebenarnya banyak peluang untuk lepasan SPM sambung belajar dalam bidang latihan di Malaysia ini. Jangan pandang renhda ya dengan bidang kemahiran! Tahu tak, graduan lepasan kemahiran di Malaysia kini mendapat permintaan ramai majikan.

Pelbagai industri memerlukan calon yang mempunyai kemahiran. Jadi, tak rugi sekiranya anda belajar kemahiran. Nak tahu senarai pusat pengajian yang menawarkan bidang latihan kemahiran?

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai pusat pengajian yang menawarkan latihan kemahiran kepada lepasan SPM.

SENARAI PUSAT PENGAJIAN LATIHAN KEMAHIRAN

Pengajian di Politeknik

Permohonan kemasukan ke Politeknik adalah melalui permohonan UPU Online (sesi Jun) dan melalui Portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik untuk sesi yang lain seperti September, Disember. Politeknik ada menawarkan pengajian sepenuh masa dan separa masa. Program sepenuh masa termasuk Sarjana Muda, Program Diploma, Pra Diploma Politeknik dan Siji Kemahiran Khas.

Untuk makluman anda, terdapat 3 jenis Polikteknik di Malaysia, iaitu:

  • Politeknik Premier
  • Konvensional
  • Politeknik Metro

Politeknik menawarkan pelbagai program pengajian yang mengkhususkan latihan kemahiran kepada pelajar. Bagi yang berminat nak mohon kemasukan ke Politeknik, anda boleh mohon dengan ikut panduan berikut:

Rujuk: Permohonan Baharu UPU Online 2022/2023 Universiti Awam Politeknik ILKA Kolej Komuniti 

Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

Terdapat 14 bidang pengkhususan ditawarkan di ILKBS yang boleh diterokai oleh belia di Malaysia, iaitu:

  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Elektrikal
  • Hospitaliti
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Sukan
  • Minyak dan Gas

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan program latihan di ILKBS, anda boleh rujuk di laman web http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/.

Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (24) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan program pengajian di ILJTM, anda boleh rujuk di laman web https://www.jtm.gov.my/2015v3/

Program Latihan Kemahiran Pertanian

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian. PLKPK dilaksanakan berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development Act@NASDA).

Objektif PLPK adalah:

  • Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
  • Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.
  • Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Antara faedah persijilan kemahiran Malaysia adalah:

  • Diiktiraf oleh industri-industri di Malaysia
  • Menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Untuk maklumat lanjut serta panduan permohonan program sijil pertanian PLKPK, anda boleh rujuk di laman https://www.mafi.gov.my/blkp

Kolej Komuniti

Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kini Kolej Komuniti berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mempunyai matlamat yang sama seperti di awal penubuhannya. Sebagai salah sebuah institusi pendidikan di Malaysia, peranan Kolej Komuniti telah diperluaskan. Kolej Komuniti telah ditubuhkan dengan lebih banyak di serata negara, khusus untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik.

Kolej Komuniti memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek. Lepasan Kolej Komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain.

Program diploma di Kolej Komuniti ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada lulusan Kolej Komuniti melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Peluang ini diberi dengan mengambil kira pencapaian akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil.

Latihan Kemahiran di Giatmara

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan menyediakan latihan kemahiran dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi.

GIATMARA menyediakan pelbagai kursus di pusat-pusat GIATMARA mengikut negeri. Berikut adalah kluster/ kursus yang ditawarkan di GIATMARA:

  • Computer & Networking Technology
  • Elektrikal
  • Elektronik
  • Fabrik
  • Hairdressing & Cosmetology
  • Hospitaliti
  • Kulinari
  • Mekanikal
  • Pembuatan
  • Pengangkutan
  • Senibina
  • Creative Media

Semak pusat GIATMARA untuk setiap kursus yang ditawarkan di sini:

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma