PROTON Young Talent Programme: Tawaran Program Latihan Proton Terbuka Buat Graduan Pelbagai Bidang
PROTON Young Talent Programme merupakan program pembangunan landasan pantas yang direka untuk graduan muda yang berpotensi tinggi bagi meningkatkan kecekapan pekerjaan di peringkat awal kemasukan kerja.
Ia merupakan program pembangunan komprehensif setahun yang menggunakan pendekatan pembelajaran campuran yang memberikan pendedahan kepada operasi PROTON. Graduan yang berminat nak bina kerjaya melalui program ini, jangan lepaskan peluang! Pastikan anda buat permohonan segera.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama majikan: PROTON Malaysia
- Nama program: PROTON Young Talent Programme
- Tempoh program: 12 bulan (1 tahun)
- Kemasukan: Sesi Jun dan September 2022
PROTON YOUNG TALENT PROGRAMME
Perintis industri automotif Malaysia, PROTON kini berminat untuk memanfaatkan kepimpinan mereka dan menjadikan jenama mereka sebagai satu kepentingan global. Untuk membantu mereka mempercepatkan aspirasi ini, PROTON mencari calon-calon muda yang dinamik tanpa gentar menghadapi cabaran sebegitu besar.
Program Bakat Muda PROTON yang memberikan latihan korporat berstruktur dalam tempoh 12 bulan untuk membina dan membangunkan pelbagai set kemahiran dan kecekapan. Selain itu, calon akan diperkenalkan kepada pelbagai unit korporat dalam PROTON untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman kerja am mereka.
KELEBIHAN PROGRAM
Antara kelebihan mengikuti program ini adalah:
- Lampiran kerja pelbagai fungsi selama satu tahun
- Program pembangunan berstruktur selama 1 tahun
- Online E-Learning Platform
- Tugasan berasaskan projek
- Dibimbing oleh pemimpin berpengalaman
- Pendedahan antarabangsa/ luar negara
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran program adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Graduan baru yang tamat pengajian dengan minima CGPA 3.50
- Berumur 25 tahun dan ke bawah
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau memperoleh keputusan 6A dan ke atas
- Aktif dalam aktiviti extra co-curricular
- Kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris yang baik. Mampu bertutup dalam Mandarin adalah satu kelebihan
- Sikap yang positif
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara online bagi kemasukan Jun dan September. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi butiran dan hantarkan resume melalio laman berikut: