Antara 9 Yang Lulus Daripada 7281 Calon, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Nak Berjaya Temuduga
Orang cakap, nak lepas temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) adalah satu perkara yang sukar,betul ke? Maklumlah, setiap jawatan yang dimohon, masih ramai calon lain juga menaruh harapan untuk lulus. Sekiranya anda melepasi tahap peperiksaan dan mendapat tawaran temuduga, tahniah!
Sebenarnya nak lulus peperiksaan SPA dari beribu calon lain juga bukan mudah. Kalau calon lain boleh lulus, kenapa kita tidak boleh? Bila dah dapat tawaran temuduga, anda perlulah buat yang terbaik!
Penting untuk anda dapatkan pengalaman daripada calon yang pernah berjaya temuduga. Melalui laman facebook, seorang calon yang berjaya mendapat penempatan kerja sebagai Juruukur Bahan J41 kongsikan bagaimana beliau lulus ujian dan temuduga SPA.
Isi Kandungan
“DARIPADA 7,281 CALON, SAYA ANTARA 9 YANG TERPILIH”
“Hasilnya daripada 7,281 calon yang memohon, 356 calon ditemuduga, saya antara 9 yang terpilih. Alhamdulillah rezeki daripada Allah.
Sekarang saya ditempatkan di Unit Pakar Ukur Bahan, Pasukan Projek Khas 1, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia. QS paling muda kot. Yang lain semua tahun 70an – 80an. Rasa adik-adik sangat.
Ya, sangat gembira dengan tempat kerja yang baru dan mohon doakan saya sentiasa bersemangat serta dapat berkhidmat dengan telus & cemerlang.”
Berikut adalah contoh resume yang dikongsikan oleh calon:
PERKONGSIAN CALON LULUS UJIAN & TEMUDUGA
Berikut adalah perkongsian penuh calon yang berjaya melepasi semua tapisan dan mendapat penempatan kerja kerajaan:
Ujian Psikometrik
Ada 199 soalan perlu dijawab dalam tempoh 1 jam 30 minit. Soalan yang menguji personaliti kita. Saya tidak tau apa kriteria untuk LULUS. Tapi saya berpegang kepada 3 perkara ini:
- Saya tidak sesekali tekan butang jawapan SEDERHANA/TIDAK PASTI.
- Konsisten. Soalan dibahagi kepada dua, dan diterbalikkan struktur ayat.
SPA takkan semak jawapan anda satu persatu & takkan minta penjelasan kenapa anda pilih jawapan tersebut. Jadi, tak perlu takut untuk buat pilihan jawapan. Selesai. Saya LULUS.
Temuduga
Ts. Naqiuddin Jamil sentiasa pesan pada saya, ‘formality’. Itu yang SPA nak tengok.
- Penampilan mesti sempurna 100% kemas. Kemeja putih, tali leher, suit semua hitam, stokin hitam, kasut kulit hitam kilat, tanda nama, rambut sisir rapi.
- Fail tersusun kemas. Pastikan fail warna hitam/kelabu tanpa corak sahaja. Susunan sijil seperti berikut:
i) Sijil anugerah & penglibatan (Universiti)– Pencapaian– Jawatan– Penyertaan
ii) Sijil anugerah & penglibatan (Sekolah)– Pencapaian– Jawatan– Penyertaan
iii) Susunan ‘flysheet’ mesti di sebelah kiri.– Sijil letak yang penting & tidak berulang.– Fail kalau boleh biar muat-muat untuk semua dokumen. Jangan terlalu banyak lebihan plastik di belakang.
Adab/ etika ketika temuduga
-
Sebelum masuk bilik temuduga, ketuk pintu 3 kali. Buka pintu, beri salam dan disertai, “Boleh saya masuk?”
-
Pegang fail di sisi kanan, beg tinggal di luar.
-
Serahkan fail guna kedua-dua belah tangan dan tulisan fail menghadap ke arah panel.
-
Duduk selepas diarahkan.
-
Jawab setelah diminta.
Saya ada 2 lagi ‘extra points’ yang mungkin ramai calon tak buat.
- Saya ucapkan terima kasih secara ringkas setiap kali diberikan soalan, kemudian baru teruskan dengan jawapan.
“Terima kasih atas soalan”“Terima kasih atas soalan yang diberikan”
- Saya buat satu salinan semua isi kandungan fail. Untuk panel kedua. Sebenarnya tak perlu pun, sebab mereka akan rujuk system myresume. Tapi saya sengaja nak tunjukkan persediaan rapi saya kepada panel.
- Akhir sekali sebelum keluar, ambil fail menggunakan kedua-dua belah tangan, berundur beberapa langkah dan tunduk sambil ucap terima kasih.
Soalan Temuduga
Antara soalan yang saya dapat daripada wakil SPA adalah:
- “Saya tengok awak banyak jawatan di sekolah & universiti. Siapa yang lantik awak?”
- “Kenapa mereka pilih awak?”
- “Awak tak nak buka syarikat sendiri?” (Soalan maut, tak mungkin saya tak nak..)
- “Kenapa awak nak masuk sektor awam?”
- “Kenapa kami perlu pilih awak?”
- “Kos keseluruhan RM/sqft untuk pembinaan sebuah sekolah?”
- “Pecahan kandungan dalam PDA?”
Selebihnya banyak saya ceritakan pengalaman kerja. Penting untuk yakinkan panel bahawa anda lah calon yang mereka cari.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memberi gambaran bagaimana nak atasi temuduga jawatan kerajaan nanti. Setiap kali dapat temuduga pastikan anda rujuk pengalaman-pengalaman calon yang lalu untuk panduan anda nanti.
Selamat maju jaya!