Lulus 2 Jawatan Temuduga SPA & SPP, Calon Ini Kongsi Rahsia Nak Lulus Temuduga Perkhidmatan Pendidikan

Orang cakap, nak lepas temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) adalah satu perkara yang sukar,betul ke? Maklumlah, setiap jawatan yang dimohon, masih ramai calon lain juga menaruh harapan untuk lulus. Sekiranya anda melepasi tahap peperiksaan dan mendapat tawaran temuduga, tahniah!

Sebenarnya nak lulus peperiksaan SPA & SPP dari beribu calon lain juga bukan mudah. Kalau calon lain boleh lulus, kenapa kita tidak boleh? Bila dah dapat tawaran temuduga, anda perlulah buat yang terbaik!

Melalui laman Facebook, seorang calon yang LULUS 2 jawatan dalam temuduga SPA & SPP telah kongsikan tips lulus temuduga yang mungkin akan membantu anda nanti.

PERKONGSIAN CALON LULUS TEMUDUGA SPP

Menurut perkongsian, calon ini telah lulus temuduga SPP bagi jawatan:

  • Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 (SPA)
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 (SPP)

RAHSIA CALON LULUS TEMUDUGA SPA & SPP

Berikut adalah perkongsian tips pemilihan jawatan dalam sistem permohonan dan temuduga jawatan oleh calon:

Pemilihan Jawatan Semasa Memohon

Dalam mengisi permohonan jawatan SPP dan SPA, pastikan anda:

  • Memenuhi kriteria yang telah ditetapkan
  • Pengalaman bekerja yang berkaitan dengan jawatan yang di mohon
  • Minat
  • Latarbelakang pendidikan

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)- Ujian Psikometrik

  • Ulangkaji
  • Rujuk soalan-soalan ujian yang terbaru
  • Persiapan mental, capaian internet yang baik
  • Buat persiapan yang seperti menduduki SPM

Temuduga

  • Pakaian – warna yang bersesuaian. Contohnya Putih, Biru Muda, Hijau Gelap, Warna-warna yang memberi ketenangan kepada panel temuduga. Sebab panel kadang-kadang stress dengan perangai calon, jadi hati hati ya!
  • Buat latihan temuduga
  • Sewaktu/sebelum memohon sesebuah jawatan. Pastikan memang diminati anda. Sesuatu yang anda betul-betul suka/berkaitan dengan diri sendiri(cth pekerjaan sebelumnya) Kaji dan pelajari jawatan tersebut . Sebolehnya pergilah cari maklumat tentang jawatan yang anda mohon itu.
  • Catat setiap pengalaman temuduga seseorang. Rangkumi dan terapkan. Jadi secara tak langsung dapat kenalpasti apa kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
  • Panel sangat suka seseorang yang berkeyakinan dalam pertuturan (Tapi jangan overconfident). Bersederhana sahaja) Pastikan setiap jawapan diberikan ada isi) Bukan sekadar bicara sahaja. (Loyar buruk)

TIPS TEMUDUGA BERDASARKAN PENGALAMAN CALON

Berdasarkan pengalaman temuduga calon, berikut adalah tips yang dikongsikan:

  • Ketuk Pintu 2/3 (pantas dan tegas)
  • Masuk ucapkan selamat pagi Tuan/Puan
  • Bagi fail/ serahkan fail kepada Panel
  • Undur kebelakang tanpa menoleh.
  • Duduk sekiranya diberitahu
  • Posisi Tegak ( jangan bongkok/silang Kaki)
  • Semasa diminta untuk perkenalkan diri. Ucap terima kasih sebab diberikan peluang untuk di temuduga.
  • Elakkan ayat Mungkin/Kurang pasti / Tidak Pasti .
  • Gunakan ayat penegasan
  • Sederhana (jangan overconfident/ less confident).
  • Jangan teragak agak Jangan kerutkan dahi. Jangan masamkan muka. Senantiasa ceria dan senyum.
  • Eye contact dengan panel sepanjang temuduga. Jangan sesekali tundukkan kepala.
  • Satu lagi semasa memberi penerangan jawapan yang serius jangan ketawa. Contoh panel bagi soalan situasi. Sekiranya anda ditempatkan dibahagian kaunter . Dan ada pelanggan / pengunjung datang dengan emosi yang tidak stabil atau marah-marah . Apa yang anda lakukan.Tapi semasa panel tak buat lawak/ begurau. Jangan ikut mood panel . Ikut tegang/serius .
  • Mesti senyum manis sepanjang 15 minit dari mula masuk hingga keluar pintu
  • Jawap panel dengan dengan yakin/serius dan bersopan. Dan jangan lupa sikit senyum baik hati. Senyum 30 darjah.Ketawa sikit² bila panel buat lawak/ceriakan suasana.
  • Sebab panel bukan sahaja sekadar menilai jawapan daripada calon . Tapi ingin melihat reaksi muka anda dan keseriusan anda dalam mengurus/menyelesaikan sesuatu masalah itu.
  • Paling penting adalah doa, restu daripada ibubapa.

Baca juga: Lulus Temuduga SPA, Calon Ini Kongsikan Tips Mudah Lulus Temuduga Kerajaan

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memberi gambaran bagaimana nak atasi temuduga jawatan kerajaan nanti. Setiap kali dapat temuduga pastikan anda rujuk pengalaman-pengalaman calon yang lalu untuk panduan anda nanti.

Selamat maju jaya!

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma