Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Tawaran Kemasukan Ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Lepasan Sekolah Rendah Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • January 24, 2023 • 2 min baca

Tawaran Kemasukan Ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Lepasan Sekolah Rendah Dibuka
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tawaran permohonan kemasukan ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) telah dibuka. Sila lengkapkan Borang Permohonan Kemasukan ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Tingkatan Satu Tahun 2023 Secara Atas Talian. Tarikh tutup permohonan iaitu pada 16 Februari 2023.

PIPOA merupakan pusat pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) dengan matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran kemasukan PIPOA dan panduan permohonan.

MATLAMAT PENUBUHAN PIPOA

PIPOA mula ditubuhkan pada Januari 2011 dengan matlamat untuk:

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara.
  • Menyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna dan kemudahan yang selesa kepada pelajar Orang Asli.
  • Meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli di peringkat menengah.
  • Menambah bilangan cerdik pandai Orang Asli yang mendapat pendidikan yang berterusan.
  • Mengurangkan kadar keciciran di kalangan generasi muda Orang Asli.
  • Menampung keperluan peluang belajar yang lebih luas kepada pelajar masyarakat Orang Asli yang tidak mendapat tawaran dari sekolah berasrama penuh kerajaan.
  • Memenuhi keperluan program kemasyarakatan Orang Asli (program pendidikan).

SYARAT KEMASUKAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Orang Asli lepasan Darjah 6 Tahun 2022/ 2023
  • Mendapat keputusan yang baik dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah tahun 6 (PPSR)
  • Kesihatan: sihat tubuh badan

CARA MOHON

Ibu bapa yang berminat nak daftarkan anak ke PIPOA di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) boleh lengkapkan borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KE PIPOA SESI 2023/2024

Pelajar yang diterima bakal bersekolah di PIPOA yang terletak di alamat berikut :

  • Pusat Intelek Pelajar Orang Asli,
    Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA),
    KM1, Jalan Sabak,
    26800 Kuala Rompin,
    Pahang Darul Makmur.

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan berkenaan kemasukan ke PIPOA, anda boleh hubungi Pejabat JAKOA Daerah masing-masing.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.