Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Pertukaran Guru Antara Bahagian, Negeri, Daerah & Dalam Daerah Sepanjang Tahun

Oleh Cikgu Shaari • January 3, 2022 • 2 min baca

Pertukaran Guru Antara Bahagian, Negeri, Daerah & Dalam Daerah Sepanjang Tahun
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Isu pertukaran guru telah berlarutan sekian lama. Inilah antara perkara utama yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berikan perhatian. KPM telah meneliti dan memperhalusi dengan mendalam perkara ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik. Permohonan pertukaran guru tahun 2022 akan dipermudahkan.

Seperti yang dimaklumkan, proses pertukaran penempatan guru-guru tertentu adalah sepanjang tahun mulai 1 Januari 2022. Permohonan boleh dibuat seperti biasa, iaitu melalui Modul EGTukar.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut proses pertukaran guru KPM Tahun 2022

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN TERLIBAT

Sukacita dimaklumkan, proses pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melalui e-GTukar tahun 2022 dibuka seperti berikut:

  • Permohonan Sepanjang Tahun 2022:
    – Pengetua/ Guru Besar
    – Penolong Kanan
    – Guru Kanan Mata Pelajaran
    – Guru Tingkatan 6
  • Permohonan mengikut sesi penggal persekolahan
    – Guru akademik biasa

TARIKH PERMOHONAN PERTUKARAN GURU 2022

Sehubungan dengan itu, berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 Tahun 2021 permohonan pertukaran PPP Antara Bahagian/ Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah melalui Modul e-GTukar akan dibuka pada:

  • Dibuka sepanjang tahun mulai 1 Januari 2022

PERMOHONAN YANG DIBENARKAN

Berdasarakan Surat Pekeliling  Ikhtisas Bil. 7 Tahun 2021, permohonan pertukaran PPP yang dibenarkan adalah:

  • Antara Bahagian/ Negeri
  • Antara Daerah
  • Dalam Daerah

Semua PPP digesa untuk melaltuhi Garis Panduan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Sekolah Dan Kolej Vokasional sepanjang proses pertukaran guru.

Rujuk: Garis Panduan Permohonan Pertukaran Guru Di Sekolah & Kolej Vokasional KPM

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berhasrat untuk mohon pertukaran boleh rujuk panduan buat permohonan pertukaran melalui E-GTukar di bawah:

PANDUAN EGTUKAR

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.